Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ra.ki.ra] | کيرا٢

Definisi : 1. lebih kurang: ~ seribu orang telah dijemput utk menyaksikan upacara tersebut; kami tiba di bandar itu ~ pukul 6 petang; 2. = ilmu ~ perhitungan (mengenai kewangan, perangkaan, dll), taksiran, ran­cangan (pendapatan dan perbelanjaan), ilmu hisab: maka jikalau tiada tahu ~ kelak, bagaimana engkau hendak berniaga jual beli?;buku ~ buku tempat mencatat kira-kira ke­wangan (perniagaan, kesatuan, dll); buku ~ harian buku harian, buku utk mencatat kira­-kira urusan perniagaan hari-hari; ilmu menyimpan ~ pengetahuan mencatat butir­-butir mengenai perbelanjaan dan penerimaan wang; tidak termasuk dlm ~ tidak termasuk dlm perhitungan (taksiran); 3. rasanya, agak­nya, barangkali, kalau-kalau: ~ ia tidak mahu menerima wang itu; 4. dugaan, agak-agak, sangka-sangka: kalau tidak tahu akan jawabnya, akui sahaja, jangan ~; 5. bp jangan (tidak) terlalu banyak atau terlampau sangat; tidak ~ terlampau sangat; 6. fikiran, akal, angan-angan; panjang ~ panjang akal (tidak sempit fikirannya); terbuka ~ terbuka fikir­annya; ~ bahagi kira-kira (ilmu hisab) bkn memecahkan sesuatu angka dgn angka lain; ~ campur kira-kira (ilmu hisab) mengenai mem­besarkan angka dgn menjumlah (mencampur­kan angka), penjumlahan; ~ darab ilmu hisab bkn membesarkan sesuatu angka dgn memperkalikannya dgn angka lain; ~ pecahan kira-kira (ilmu hisab) mengenai angka pecah­an (angka yg kurang drpd satu); ~ tolak kira­-kira (ilmu hisab) bkn mengurangkan angka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.ra.ki.ra] | کيرا٢

Definisi : 1 lebih kurang: Kami tiba di sana ~ pd pukul empat petang. 2 = ilmu ~ ilmu hitung-menghitung; ilmu hisab: ~ campur (tolak, darab, bahagi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kira
1. Bersinonim dengan pendapat
( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan taksiran
( hitungan, anggaran, jangkaan, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan peduli
( hirau, endah, parwah, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira,

Puisi
 

Tidak dapat dikira-kira,
     Air mata jatuh segera;
Karam di laut angin di udara,
     Karam di hati kerana cinta.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Gamak-gamak seperti menyambal.

Bermaksud :

Hanya dengan cuba-cuba atau kira-kira saja.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mitochondrionmitokondrionFizikNanoteknologiMembran biologi yang mengurungi organel dan ditemui dalam kebanyakan sel eukariotik. Satu sel eukariotik yang tipikal mengandungi kira-kira 2000 mitokondria dan membentuk kira-kira 20% daripada isi padu keseluruhannya. Membran ini dapat mengubah molekul makanan dalam bentuk molekul ATP untuk menyimpan tenaga. Lihat juga adenosina trifosfat (ATP).
book keeperpenyimpan kira-kiraPentadbiranTiadaOrang yang merekodkan urus niaga perniagaan.
balance sheetkunci kira-kiraPenilaian Harta TanahTiadaTiada
policy reserverizab polisiinsuransTiada1. Amaun dalam kunci kira-kira sesebuah syarikat insurans yang menunjukkan jumlah anggaran premium yang diterima tetapi belum diperolehi pada suatu masa (Am). 2. Dana yang disediakan oleh insurer untuk memenuhi tuntutan di masa hadapan (Hayat)
foveolafoveolaSains KesihatanTiadaTitik tengah fovea yang berdiameter kira-kira 0.4 mm. Dikenali sebagai pusat fovea.
planning balance sheetpenyata kira-kira perancanganPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaAnalisis perancangan fizikal yang mengambil kira kesan atau implikasi ekonomi dan kewangan untuk membantu memantapkan keputusan perancangan.
unearned premium reserverizab premium tidak terperolehinsuransTiadaAmaun yang terdapat dalam kunci kira-kira syarikat insurans yang menunjukkan anggaran jumlah premium yang belum diperoleh pada satu-satu masa.
linear developmentpembangunan linearPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBentuk pembangunan berjajar sepanjang jalan yang kelebarannya kira-kira 500 meter di kiri dan kanan jalan.
hawkish monetary policypolisi monetari agresifEkonomiTiadaPolisi monetari yang diketatkan dengan meningkatkan kadar faedah, mengurangkan kunci kira-kira bank pusat, meramalkan kenaikan kadar faedah masa hadapan, positif tentang gambaran pertumbuhan ekonomi dan menjangkakan inflasi akan meningkat.
direct opthamoscopyoftalmoskopi langsungSains KesihatanTiadaKaedah pemeriksaan fundus secara langsung. Imej yang dihasilkan berkeadaan maya dan tegak dengan pembesaran kira-kira 15 kali daripada saiz asal.
12345678910...

Kembali ke atas