Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.sa] | کيسا

Definisi : sj jala (pukat) kecil; mengisa menjala (menjaring) dgn kisa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.sa] | کيسا

Definisi : sj pundi-pundi (kantung) kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kisa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
boat seinepukat kisa; pukat kenkaPerikananTiadaTiada
theorems of Pappusteorem PappusMekanikGunaanDua teorem yang memberikan sebutan untuk luas permukaan kisar dalam ungkapan panjang lengkung yang berkisar, dan sebutan untuk isi padu jasad kisar dalam sebutan luas yang berkisar. Teorem pertama menyatakan bahawa luas permukaan kisar adalah sama dengan panjang lengkung yang menghasilkannya didarab dengan jarak yang dilalui oleh sentroid lengkung semasa menghasilkan permukaan tersebut. Bagi lengkung yang panjangnya L dan berputar di sekitar paksi-x yang tidak melintasi lengkung itu, luas A permukaan kisa ryang dihasilkan diberikan oleh ungkapan A = 2pyL, dengan y sebagai jarak malar sentroid lengkung itu dari paksi-x. Teorem kedua menyatakan bahawa isi padu bagi jasad kisar sama dengan luas yang menghasilkannya didarab dengan jarak yang dilalui oleh sentroid luas itu semasa menghasilkan jasad tersebut. Isi padu V bagi jasad kisar yang dihasilkan oleh luas A yang berkisar di sekitar paksi-x (yang melintasi luas itu) diberikan oleh ungkapan V = 2”y A, dengan y sebagai jarak malar sentroid luas itu dari paksi-x [Rajah T2]. Jika lengkung atau luas yang berkenaan berkisar melalui sudut q yang kurang daripada 2p, maka diperoleh hubungan yang lebih umum, A = qyL dan V = qyA. Teorem-teorem Pappus biasanya digunakan untuk menentukan kedudukan sentroid apabila luas permukaan kisar ataua isi padu jasad kisar diketahui. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 200 RAJAH T2

Kembali ke atas