garden of eden/paradise garden | taman firdaus | Landskap | Tiada | Kawasan berlandskap yang mempunyai persekitaran dan suasana yang tenteram dan menyeronokkan seperti dalam syurga sebagaimana yang digambarkan oleh kitab-kitab suci. |
garden of eden/paradise garden | taman firdaus | Landskap | Tiada | Kawasan berlandskap yang mempunyai persekitaran dan suasana yang tenteram dan menyeronokkan seperti dalam syurga sebagaimana yang digambarkan oleh kitab-kitab suci. |
Holy Writ | Kitab Suci | Sejarah | Tiada | Tiada |
kabbalah | kabbalah | Kesusasteraan | Tiada | Pengucapan Ibrani yang bersumberkan kitab suci Yahudi seperti yang terdapat dalam Perjanjian Lama agama Kristian. Kabbalah merupakan pengajaran midrash yang bersifat esoterik. Midrash ialah tafsiran rohani oleh rabbi Yahudi terhadap cerita ibarat, pelbagai cerita komentar dan beberapa teks lain. Teks klasik kabbalah, iaitu Zohar (Buku Kehebatan) mempunyai hubungan dengan gnostisisme. Zohar merupakan komentar yang bertujuan untuk mendedahkan makna ghaib atau rohaniah dalam pentateuch yang berkaitan dengn struktur alam ketuhanan dan kehidupan azali. Kabbalah telah menarik minat kalangan humanis Zaman Pembaharuan (Renaissance) dan tersebar luar di Barat pada abad ke-16 dan ke-17. William Blake ialah penyair Barat yang mengungkapkan idea dan simbol kabbalah secara jelas. Puisinya tentang Albion berdasarkan idea Adam Kadmon, manakala puisi Zoas dan Emanations mempunyai persamaan yang ketara dengan Sefirot. Begitu juga tanggapan Blake tentang dosa sebagai punca segala kejahatan. Idea seperti ini mempunyai pengaruh |
biblia pauperum | biblia pauperum | Perpustakaan | Tiada | Buku bergambar zaman pertengahan berhubung dengan kitab suci dengan teks deskriptif setempat dan sangat popular di kalangan paderi dan pekerja sukarela gereja di negara-negara kontinental sebelum Reformasi. |
literal exegesis | tafsiran harfiah | Kesusasteraan | Tiada | Tafsiran berdasarkan pemahaman pembaca terhadap teks pada peringkat asas dan zahir. Pada asalnya, tafsiran harfiah digunakan untuk pemahaman kitab suci, tetapi kini digunakan untuk pemahaman teks sastera. Tafsiran harfiah melibatkan pendekatan terhadap teks pada peringkat makna yang denotatif, ternyata, dan mudah. Tafsiran ini tidak mengambil kira makna figuratif dan konotatif dalam perkataan, pernyataan, atau keseluruhan teks. Pendekatan ini melibatkan penjelasan terhadap teks berdasarkan sesuatu yang tersurat, dan bukan berdasarkan siratan atau konotasinya. |