Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.tar] | کيتر

Definisi : ; ~ semula kitaran semula; sekitar 1. sekeliling: suasana di ~ tempat itu sunyi senyap; yg banyak diperbualkan mereka ialah kejadian-kejadian penting di ~ tanah air; 2. bp lebih kurang, kira-kira: gajinya ~ dua ratus ringgit sebulan; sekitaran keadaan di sekeliling (sesuatu), keadaan dsb yg menjadi spt latar belakang (seseorang atau sesuatu): kita tidak dapat mengelakkan drpd menimbangkan aspek bahasa spt ~ dan latar belakang bahasa murid; sahsiah dan tingkah laku individu boleh menjadi negatif atau positif bergantung kpd keturunan dan suasana ~ keluarganya; persekitaran kawasan di sekeliling sesuatu tempat, kawasan sekitar: tiba-tiba sahaja muncul matahari dan menerangi persekitarannya; berkitar berkisar, berpusing, berputar (bkn roda dll), beredar (spt bumi di keliling matahari); bintang ~ bintang beredar, bintang siarah, planet; mengitar 1. = mengitar-ngitar berkisar(­kisar), berputar(-putar); 2. = mengitar­ngitar berkeliling, beredar; 3. = mengitar­-ngitar memusing-musing, memutar-mutar: serta dikitar-kitarnya tombaknya, lalu ditikamkan pd dada Tun Tuah; 4. = mengitari mengelilingi, mengedari: ia bangkit lagi dan berjalan ~ lantai yg dilapisi permaidani; memandu kereta ~ bandar; mengitari bergerak berkeliling (sesuatu), mengedari; mengitarkan menjadikan berkitar, memu­tarkan, mengisarkan: ~ enjin; terkitar-kitar berputar-putar, berpusing­-pusing; kitaran gerakan berkitar, kisaran; ~ hidup (Bio) beberapa peringkat hidup yg dialami oleh sesuatu organisma dr peringkat persenyawaan ovum sehinggalah ke peringkat matang, dan seterusnya ke peringkat per­senyawaan ovum pd generasi seterusnya; ~ semula benda (spt surat khabar, botol kaca) yg diproses supaya dapat digunakan semula; perkitaran peredaran, perkisaran, perpusingan; pengitaran pemutaran, pemusingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.tar] | کيتر

Definisi : Mn; mengitarkan, memperkitar­kan menolakkan (menyorongkan) ke tepi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.tar] | کيتر

Definisi : Tr berikhtiar, berusaha (utk mendapat sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.tar] | کيتر

Definisi : ; ~ semula kaedah atau teknik memproses bahan spt tin, botol, kertas yg telah digunakan supaya dpt digunakan semula: ~ semula wajar diusahakan agar bahan-bahan buangan itu dpt digunakan kembali. berkitar berputar atau berpusing spt roda; beredar spt bumi mengelilingi matahari. mengitari berada, beredar atau bergerak di keliling sesuatu; mengelilingi: Burung helang terbang ~ kawasan itu. Pagar duri ~ kem tahanan tsb. mengitarkan membawa atau menggerakkan supaya berkitar: ~ mesin. kitaran gerakan yg berputar atau berpusing. ~ hidup ist beberapa peringkat hidup yg dialami oleh sesuatu organisma dr peringkat persenyawaan hinggalah ke peringkat matang, dst ke peringkat persenyawaan pd generasi seterusnya. perkitaran perbuatan atau hal berkitar; peredaran. pengitaran perbuatan (hal dsb) mengitari atau mengitarkan. sekitar sekeliling sesuatu tempat dll: Suasana di ~ tempat itu sunyi senyap. persekitaran kawasan di sekeliling sesuatu tempat; kawasan sekitar: Haiwan berdarah panas dpt menyesuaikan diri dgn ~ yg sejuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
combination cyclekitar gabunganKejuruteraanKejuruteraan MekanikKitar enjin pembakaran dalam yang menggabungkan kitar Otto pembakaran isi padu malar dengan kitar diesel pembakaran tekanan malar pada enjin pencucuhan mampatan laju tinggi. Keadaan ini bermakna pembakaran bahan api akan berlaku pada sebahagian dalam isi padu malar dan sebahagian lagi pada tekanan malar. Kitar gabungan dikenali juga sebagai kitar campuran, kitar diesel komersial atau kitar tekanan-terhad.
cyclical stocksaham kitar; stok kitarPentadbiran PerniagaanTiadaSaham kitar: Saham yang harganya cenderung naik atau turun pada musim tertentu disebabkan jenis keluaran dan perkhidmatan.
closed circuitlitar tertutup; kitar tutupKejuruteraanTiadaKitar tutup: Kitar operasi enjin haba yang menggunakan bendalir kuasa yang sama berulang kali.
citric acid cyclekitar asid sitrikMakanan dan PemakananPemakananTapak jalan yang memecahkan asetil-KoA dan menghasilkan karbon dioksida, FADH2, NADH dan ATP. Kitar asid sitrik juga dikenali sebagai kitar asid trikarboksilik (kitar TCA) dan kitar Krebs.
cycle of denudationkitar gondolan , kitar pelokosanGeologiTiadaTiada
cyclical stocksaham kitar; stok kitarEkonomiTiadaTiada
carbon cycle (carbon-nitrogen cycle)kitar karbon (kitar karbon-nitrogen)MatematikTiadaSiri tindak balas nukleus yang dipercayai berlaku di matahari dan bintang lain dan menghasilkan tenaga begitu banyak. Proses ini menghasilkan tindak balas berangkai dengan karbon mengambil peranan sebagai mangkin.
two-stroke cyclekitar dua lejangKejuruteraanKejuruteraan MekanikKitar enjin pembakaran dalam yang memerlukan dua lejang omboh untuk melengkapkan satu kitar penuh bagi satu putaran aci. Lejang yang pertama melibatkan proses penghasilan kuasa daripada pembakaran bahan api dan kemasukan cas daripada bekas engkol serta penyingkiran gas ekzos. Sementara itu, lejang yang kedua menyebabkan pemampatan cas dan pembakaran bahan api untuk lejang seterusnya. Kitar dua lejang ini berbeza daripada kitar empat lejang kerana setiap satu putaran aci memberikan kuasa.
Krebs cyclekitar KrebsHerbaFitokimiaPeringkat ketiga katabolisme yang terdiri daripada lapan langkah kitaran asid sitrik. Kitar tindak balas ini tertutup dengan hasil daripada langkah terakhir menjadi penindak bagi langkah pertama. Bahan perantaraan dijana semula dan dialirkan secara berterusan sepanjang kitaran. Kitar ini beroperasi selagi terdapat koenzim pengoksida NAD+ dan FAD. Untuk memenuhi keperluan ini, koenzim terturun NADH dan FADH2 perlu dioksidakan semula melalui rantaian pengangkutan elektron yang selanjutnya bergantung pada oksigen sebagai penerima elektron terakhir. Oleh itu, kitar ini bergantung pada adanya oksigen dan rantaian pengangkutan elektron ini. Kitar ini dikenali juga sebagai kitar asid sitrik atau asid trikarboksilik.
Otto cyclekitar OttoFizikHabaKitar termodinamik untuk menukarkan haba kepada kerja. Kitar ini terdiri daripada dua fasa isentropik yang diselang-seli di antara dua fasa isokor.
12345678910...

Kembali ke atas