extract-transform-load (ETL) cycle) | kitaran ekstrak-ubah-muat (ETL) | Teknologi Maklumat | Perisian | Kitaran hayat yang mengandungi beberapa langkah pelaksanaan, iaitu permulaan kitaran, pembinaan data rujukan, pengekstrakan, pengesahan, pengubahan, pemeringkatan, pelaporan audit, penerbitan, pencapaian, pengarkiban dan penghapusan data. Proses kitaran ini melibatkan kekompleksan yang tinggi dan masalah operasi yang signifikan boleh berlaku apabila sistem ETL yang direka bentuk tidak sempurna. |
climatic cycle | kitaran iklim | Sains | Hidrometeorologi | Ayunan bertempoh lama sesuatu iklim yang berulang hampir seragam, tetapi tidak semestinya berkala. Istilah kitaran digunakan dalam klimatologi dengan lebih luas maknanya daripada sains fizikal lain. Ia menunjukkan kejadian beritma tanpa kejituan sebenar dalam ulangan kejadian itu. Selalunya ia hanya menunjukkan kejadian yang lebih mungkin di mercu kitaran daripada di palungnya. Kewujudan banyak kitaran telah diakui, antaranya berjulat dari kepanjangan masa geologi ke beberapa tahun; yang paling dikenali ialah kitaran Br�ckner dan kitaran tompok matahari. |
menstrual cycle | kitaran haid | Perubatan | Tiada | Kitaran berlakunya haid dari semasa ke semasa bagi seseorang wanita yang matang secara seksual dan tidak hamil. Keadaan ini biasanya terjadi selang empat minggu. Kitaran ini dikawal oleh perubahan hormon seksual yang berlaku secara fisiologi. |
cycle story | cerita kitaran | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang setiap satunya bebas dan utuh kendiri, namun berkisar pada watak, tema dan motif yang sama. Cerita kitaran biasanya pendek, bersiri, mudah dan mempunyai plot yang tipikal. Contohnya dalam cerita Hikayat Sang Kancil, Cerita Pak Pandir dan Hikayat Abu Nawas. Hikayat Sang Kancil terdiri daripada suatu kitaran cerita yang setiap satunya mengisahkan muslihat Sang Kancil melepaskan dirinya daripada cahaya atau masalah. Namun terdapat juga cerita kitaran yang lebih panjang. Contohnya cerita kitaran dalam epik panji yang mengisahkan percintaan antara Raden Inu Koripan dengan Raden Galoh Cendera Kirana. |
product life cycle | kitaran hayat produk | Pengurusan | Perancangan | Konsep pemasaran yang menunjukkan peringkat-peringkat yang akan dilalui oleh sesuatu produk yang dikeluarkan oleh syarikat. Terdapat empat peringkat kitaran hayat produk, iaitu peringkat pengenalan, pertumbuhan, kematangan dan kemerosotan. Pemahaman terhadap kitaran hayat produk ini membantu syarikat merancang strategi yang bersesuaian mengikut peringkat produk tersebut. Pada peringkat pengenalan, syarikat memperkenalkan produk dan memperuntukkan sejumlah modal yang besar untuk mempromosi produk secara berkesan bagi mendapatkan perhatian pengguna. Pada peringkat pertumbuhan pula, permintaan terhadap produk adalah sangat menggalakkan dan kadar jualan meningkat. Peringkat kematangan berlaku apabila jualan menjadi stabil dan syarikat perlu berusaha untuk mengekalkan prestasi semasa dan mengelakkan kejatuhan jualan. Tahap kemerosotan pula terjadi apabila jualan produk mula mengalami penurunan dan syarikat perlu bersedia untuk memperkenalkan produk yang baharu. |
arid cycle | kitaran gersang | Geologi | Tiada | Kitaran hakisan di kawasan gersang. |
diesel cycle | kitaran diesel | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Kitaran yang berlaku dalam enjin diesel tanpa memerlukan sistem pencucuh elektrik. |
diesel cycle | kitaran diesel | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kitaran yang berlaku dalam enjin diesel tanpa memerlukan sistem pencucuh elektrik. |
two stroke cycle | kitaran dua lejang | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Kitaran yang melibatkan dua lejang omboh sahaja untuk melakukan pengambilan udara-bahan api, mampatan, kuasa, dan ekzos dengan sekali pusingan aci engkol. |
optimum cycle length | masa kitaran optimum | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Masa kitaran yang optimum dalam operasi lampu isyarat. Sinonim: optimum cycle time |