clause | klausa | Kesusasteraan | Puisi | Bahagian atau unit ayat yang merupakan rangkaian perkataan atau diksi yang mengandungi unsur subjek dan predikat. Contohnya, salah satu baris puisi "Derita Perjalanan" karya Dharmawijaya. 'lembut jarinya mengusap dadaku yang bimbang' |
antistrophe | antistrofa | Kesusasteraan | Tiada | Frasa atau klausa dalam puisi yang diulang semula pengucapannya secara terbalik. contoh: "Bangsa untuk negara, negara untuk bangsa". |
antithesis | antitesis | Kesusasteraan | Tiada | Perbandingan retorik melalui penggunaan dua klausa, ayat atau idea yang bertentangan. Contoh: "manusia merancang, Tuhan menentukan" |
antithesis | antitesis | Kesusasteraan | Tiada | Kiasan yang terbentuk daripada kata-kata, klausa, ayat atau idea yang bertentangan. |
phrase | frasa | Kesusasteraan | Puisi | Kelompok kata yang berfungsi membentuk unit atau bahagian sintaksis sesuatu klausa dalam sesuatu baris puisi. |
holophrasis | cantum erti | Kesusasteraan | Puisi | Sesuatu kata yang digunakan oleh seseorang penyair, mampu menonjolkan makna keseluruhan sesuatu klausa yang diungkapkan. Contohnya, kata hujan! sekarang hujan kata panas! sekarang panas Sinonim holofrasis. |
concrete poetry | puisi konkrit | Kesusasteraan | Puisi | Puisi kontcmporari yang proses penciptaannya sangat sedikit menggunakan kata, frasa atau klausa. Puisi ini banyak menggunakan pola atau bentuk visual yang menarik. Contohnya, puisi "Exodus" karya Latiff Mohidin atau puisi "Lima" karya Suhaimi Haji Muhammad. Sinonim puisi maujud, puisi pola. |