biotic climax | klimaks biotik; klimaks biota | Perhutanan | Tiada | Tiada |
biotic climax | klimaks biotik; klimaks biota | Geografi | Tiada | Tiada |
Climax vegetation | Vegetasi klimaks | Pertanian | Agronomi | Jenis dan corak tumbuh-tumbuhan yang terdapat pada sesuatu kawasan yang tidak mengalami gangguan oleh manusia untuk berkurun-kurun lamanya. Vegetasi klimaks dipengaruhi oleh iklim, jenis tanah dan topografi kawasan. Contohnya vegetasi hutan hujan adalah vegetasi klimaks di Malaysia disebabkan iklim panas dan lembab tanpa musim kemarau yang menggalakkan pokok-pokok besar menguasai kawasan. Di sebahagian besar Asia Tengah pula terdapat padang rumput sebagai vegetasi klimaks disebabkan kadar hujan yang rendah dan musim kering berpanjangan selain suhu yang rendah. |
anthrophogenic climax | klimaks antropogenik | Biologi | Ekologi | Klimaks vegetasi yang terbentuk akibat pengaruh aktiviti manusia. Misalnya padang lalang, Imperata cylindrica yang wujud setelah kawasan hutan dibuka, dan kerap dibakar, tetapi tidak dibangunkan. |
biotic climax | klimaks biotik | Biologi | Ekologi | Klimaks sesuatu komuniti yang terbentuk akibat aktiviti haiwan, misalnya padang rumput yang tidak boleh membentuk belukar akibat sentiasa diragut oleh haiwan. |
edaphic climax | klimaks edafik | Biologi | Ekologi | Klimaks komuniti yang dipengaruhi oleh beberapa ciri tanah. Misalnya, komuniti tumbuhan kalsikol di atas bukit batu kapur. |
forest climax | klimaks hutan | Biologi | Ekologi | Klimaks komuniti yang terdiri daripada pokok, misalnya hutan pamah dipterokarpa. |
climatic climax | klimaks iklim | Biologi | Ekologi | Klimaks komuniti yang terbentuk akibat pengaruh iklim, misalnya hutan tropika di kawasan tropika. |
dominant climax | klimaks dominan | Biologi | Ekologi | Spesies yang dominan dalan satu klimaks komuniti, misalnya meranti bukit. Shorea curtisii yang dominan di dalam hutan bukit dipterokarpa. |
Climax | Klimaks | Pertanian | Agronomi | Berkaitan dengan ekologi yang telah sampai kepada puncak kestabilan dan berkemungkinan tidak akan berlaku perubahan lagi. Contohnya, populasi tumbuhan dan haiwan sesuatu kawasan yang telah melalui proses perubahan yang berkurun lama akan sampai ke suatu klimaks bergantung kepada iklim kawasan itu. Keadaan klimaks akan tercapai jika tiada gangguan daripada manusia dan hanya faktor semula jadi yang mempengaruhi perubahan. |