media clip | klip media | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu segmen pendek media elektronik sama ada dalam bentuk video atau audio yang digunakan sebagai sebahagian daripada kandungan bahan pengajaran. |
toe clip | klip kasut | Sukan | Lumba Basikal | Alat pada pengayuh untuk mengikat kasut pelumba. |
jumper | pelompat | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Dawai yang mengandungi klip atau terminal pada kedua-dua hujung, yang digunakan untuk memintas litar elektrik. |
reels | kekili | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Ciri baharu dalam Instagram yang membolehkan pengguna membuat klip video bermuzik dengan pelbagai penyuntingan audio dan video serta kesan visual selama 15 saat dan boleh dikongsi di profil pengguna. |
full floating piston pin | cemat omboh apungan penuh | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Cemat yang menghubungkan omboh dengan rod penyambung dan ditetapkan kedudukannya di kedua-dua hujung oleh klip lengkung. Keadaan ini membolehkan cemat bebas berpusing dalam tombol omboh dan juga hujung rod penyambung. |
learning object repository (LOR) | repositori objek pembelajaran (LOR) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perpustakaan digital yang menyimpan, mengurus dan mengongsi sumber pembelajaran atau objek pembelajaran. Objek-objek ini berbentuk kuiz, persembahan slaid, imej, klip video, dokumen atau fail yang digunakan sebagai bahan pembelajaran dan kandungan kursus bagi pembelajaran dalam talian. |
digital learning objects | objek pembelajaran digital | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sumber multimedia pembelajaran yang kecil, modular dan diskret serta boleh digunakan atau diguna semula dalam penyampaian pengajaran terutamanya dalam persekitaran digital. Biasanya, objek pembelajaran digital lengkap dengan hasil pembelajaran, kandungan pelajaran, aktiviti dan pentaksiran. Objek pembelajaran digital boleh berbentuk video, animasi, kuiz, artikel, imej, klip audio atau mana-mana gabungan tersebut. |