clonal selection | pemilihan klon; pilihan klon | Perhutanan | Tiada | Tiada |
clonal selection | pemilihan klon; pilihan klon | Veterinar | Tiada | Tiada |
Clonal characteristics | Ciri klon | Pertanian | Agronomi | Sifat yang dapat membezakan antara klon sesuatu tanaman. Contohnya bagi tanaman getah, ciri klon termasuk ukur lilit batang, ketebalan kulit, ketinggian batang dan bilangan dahan. Terdapat klon getah yang sesuai dijadikan kayu getah untuk perabot dan klon yang tinggi hasil getah tetapi tidak sesuai untuk produk kayu. |
Clonal material | Bahan klonal | Pertanian | Agronomi | Bahan tanaman yang terhasil daripada pengklonan pokok yang dipilih dan mempunyai ciri istimewa. Bahan klon dihasilkan sama ada melalui pembiakan vegetatif seperti cantuman tunas atau kultur tisu. Bahan klon biasanya diberikan kod untuk pengenalan bagi sesuatu klon tersebut. Contohnya, bahan klon durian (D) yang popular di Malaysia termasuk D2, D10 dan D24, masing-masing mempunyai ciri yang tersendiri.Tumbuhan yang terhasil daripada pengklonan pokok yang terpilih disebabkan ciri-ciri istimewa yang terdapat pada pokok itu. Bahan klon dihasilkan melalui pembiakan vegetatif seperti cantuman tunas atau kultur tisu. Biasanya bahan klon diberi nama untuk pengenalan klon itu, contohnya bahan klon durian yang popular di Malaysia termasuk D2, D10 dan D24, masing-masing mempunyai ciri tersendiri. |
chromosome walking | penjejakan kromosom | Bioteknologi | Tiada | Teknik analisis dalam pemetaan gen yang bergantung pada pemilihan berjujukan klon molekul yang bertindihan untuk meluaskan sela kromosom yang besar. Fragmen-fragmen klon yang mempunyai gen yang diradiolabel digunakan sebagai prob dalam uji kaji penghibridan in situ dengan penyediaan sitologi kromosom politin. Satu set rawak DNA yang diklonkan dengan cara ini dikenal pasti dan satu daripadanya dipilih dari kawasan yang berdekatan dengan set yang diingini. Perpustakaan genom disaring dengan klon yang dipilih sebagai prob untuk mengecam klon-klon lain yang bertindihan dengannya. Pertindihan ini mungkin berlaku dari kiri atau kanan. Langkah ini dapat diulangi di sepanjang kromosom yang diingini. |
Clone selection | Pemilihan klon | Pertanian | Agronomi | Proses untuk mengenal pasti pokok induk yang sesuai dibiak menjadi klon, berdasarkan ciri-ciri yang dikehendaki seperti ketinggian hasil, kemanisan buah atau ketahanan kepada penyakit. Pemilihan klon biasanya dilakukan dengan menanam pokok dan pemerhatian dibuat terhadap ciri-ciri pokok yang penting. Berasaskan pemerhatian ini, beberapa pokok yang didapati istimewa akan dibiak secara vegetatif untuk dijadikan beberapa klon. |
Clone | Klon | Pertanian | Agronomi | Organisma yang mempunyai ciri genetik atau baka yang sama dengan induknya. Pada tumbuhan, sesuatu klon dihasilkan daripada induknya melalui proses pembiakan vegetatif seperti menggunakan keratan, cantuman atau kultur tisu. Klon dihasilkan daripada induk terpilih yang mempunyai ciri-ciri yang diingini supaya anak pokok itu mewarisi ciri berkenaan sepenuhnya. |
clone | klon | Bioteknologi | Tiada | Organisma yang serupa secara genetik kerana dihasilkan atau dibiakkan melalui proses aseks atau seks dengan pembiakbakaan warisan tulen induknya. Pada kultur sel, klon merujuk kepada populasi sel daripada induk tunggal, manakala dalam biologi molekul, klon bermaksud salinan berganda jujukan DNA yang seiras dan dapat dihasilkan dengan memasukkannya ke dalam perantara pengklon, seperti plasmid, dan bereplikasi dengan menggunakan manipulasi gen. |
cDNA clone | klon cDNA | Biologi | Genetik | Klon DNA yang berupa pelengkap kepada sesuatu jujukan mRNA. |
DNA clone | klon DNA | Biologi | Genetik | lih. klon. |