Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[klo.ri.da] | کلوريدا

Definisi : ist sebatian klorin dgn suatu unsur lain: natrium ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata klorida


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
salt substitutessubstitut/gantian garamSains KesihatanTiadaGaram yang mengandungi potasium klorida, kalsium klorida, dan amonium klorida.
calomel electrodeelektrod kalomelKimiaKimia AnalisisElektrod yang digunakan sebagai elektrod rujukan. Elektrod kalomel ini terdiri daripada raksa, merkuri (I) klorida (kalomel) dan larutan kalium klorida. Apabila larutan kalium klorida yang tepu digunakan elektrod ini dikenali sebagai elektrod kalomel tepu.
calomel electrodeelektrod kalomelGeologiTiadaElektrod rujukan yang terdiri daripada raksa, raksa klorida (kalomel) dan larutan kalium klorida. Elektrod ini digunakan untuk mengukur pH dan daya gerak elektrik.
calomel electrodeelektrod kalomelKimiaTiadaElektrod rujukan yang terdiri daripada raksa, raksa klorida (kalomel) dan larutan kalium klorida. Elektrod ini digunakan untuk mengukur pH dan daya gerak elektrik.
polyvinyl chloride (PVC)polivinil klorida (PVC)Kejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahan yang digunakan sebagai pemisah plat dalam bateri.
hygroscopic chemicalbahan kimia higroskopikBuluhTiadaBahan kimia yang bersifat mudah menyerap lembapan dari persekitaran. Contohnya, kalsium klorida ialah bahan kimia higroskopik yang digunakan untuk menyerap kandungan air dalam larutan bahan pengawet organik.
oxidation numbernombor pengoksidaanKimiaKimia AnalisisBilangan elektron yang perlu ditambah kepada kation atau disingkirkan daripada anion untuk mendapatkan atom neutral. Misalnya, dalam natrium klorida, nombor pengoksidaan bagi natrium ialah + 1 dan bagi klorin, nombor pengoksidaannya ialah – 1. Nombor pengoksidaan juga disebut keadaan pengoksidaan.
total ashabu totalHerbaTiadaAbu yang mengandungi silika, silikat dan sebatian natrium, kalium, magnesium, kalsium dan ferum yang masing-masing dalam bentuk karbonat, fosfat, klorida dan sulfat. Abu ini terhasil apabila bahan herba dipijarkan pada suhu tidak melebihi 450�C sehingga mencapai berat tetap. Nilai peratusan kandungan abu total diperoleh berdasarkan formula 100x/w, iaitu x ialah kandungan abu total dan w ialah berat asal bahan. Nilai yang melebihi had piawai menandakan lebihan bahan pencemar pada bahan mentah herba seperti tanah, pasir atau kapur. Namun, terdapat pengecualian terhadap tumbuhan yang banyak mengandungi kalsium oksalat kerana tumbuhan ini akan menghasilkan nilai abu total yang tinggi.
moleculesmolekulFizikNanoteknologiGabungan dua atau lebih atom melalui ikatan kimia dan membentuk struktur tertentu. Setiap molekul wujud sendiri dan mempunyai ciri kimia tersendiri. Contohnya, natrium klorida (NaCl) terdiri daripada 1 atom natrium dan 1 atom klorin membentuk molekul melalui ikatan ionik, dan etanol (C2H6O) terdiri daripada 2 atom karbon, 6 atom hidrogen dan 1 atom oksigen membentuk molekul melalui ikatan kovalens.
salt bridgetitian garamKimiaKimia AnalisisTiub yang lazimnya berbentuk U yang menyambung elektrod rujukan dan penunjuk yang terpisah dalam sel elektrokimia. Sebagai contoh titian garam mengandungi larutan kalium klorida tepu yang membenarkan ion-ion melaluinya tetapi menahan larutan daripada bercampur.
12

Kembali ke atas