Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[klo.rin] | کلورين

Definisi : ist gas berwarna hijau kekuning-kuningan dan berbau busuk (biasanya digunakan utk membunuh kuman di dlm air dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata klorin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
clorinitykloronitiSains MarinTiadaUkuran kandungan klorin di dalam air laut.
ionionFizikNanoteknologiAtom atau molekul yang kehilangan atau bertambah satu atau lebih elektron sehingga cas elektrik bersihnya bersamaan dengan kehilangan atau pertambahan cas elektron. Ion yang bercas positif dipanggil kation, manakala ion bercas negatif dipanggil anion. Contohnya, tindak balas unsur natrium dengan klorin menghasilkan kation natrium (Na+) dan anion klorin (Cl-).
derivatizationpenerbitanKimiaKimia AnalisisProses peningkatan sifat mudah meruap sebatian sebelum disuntik, dalam kromatografi gas. Beberapa jenis sebatian dapat bertindak dengan reagen penerbitan yang mengandungi klorin atau fluorin untuk membentuk sebatian mudah meruap. Contohnya agen penerbitan trifluoroasetik anhidrida dapat digunakan untuk menerbitkan sebatian mudah meruap seperti karbohidrat, asid amino atau alkohol.
counterionion penimbalFizikNanoteknologiIon yang berfungsi untuk mengekalkan keadaan neutral dalam larutan ionik. Contohnya, kation natrium (Na+) dalam garam biasa ialah ion penimbal untuk anion klorin (Cl-) dan sebaliknya.
salinitykemasinanSains MarinTiadaUkuran jumlah garam terlarut di dalam jasad air yang diukur dalam unit kemasinan praktikal (PSU). Kandungan utama garam di lautan terdiri daripada natrium (Na) dan klorin (Cl) yang merangkumi 85.7% garam terlarut. Komponen lain air laut ialah magnesium (Mg), kalsium (Ca), kalium (K) dan sulfat (SO4).
oxidation numbernombor pengoksidaanKimiaKimia AnalisisBilangan elektron yang perlu ditambah kepada kation atau disingkirkan daripada anion untuk mendapatkan atom neutral. Misalnya, dalam natrium klorida, nombor pengoksidaan bagi natrium ialah + 1 dan bagi klorin, nombor pengoksidaannya ialah – 1. Nombor pengoksidaan juga disebut keadaan pengoksidaan.
moleculesmolekulFizikNanoteknologiGabungan dua atau lebih atom melalui ikatan kimia dan membentuk struktur tertentu. Setiap molekul wujud sendiri dan mempunyai ciri kimia tersendiri. Contohnya, natrium klorida (NaCl) terdiri daripada 1 atom natrium dan 1 atom klorin membentuk molekul melalui ikatan ionik, dan etanol (C2H6O) terdiri daripada 2 atom karbon, 6 atom hidrogen dan 1 atom oksigen membentuk molekul melalui ikatan kovalens.
disinfectantdisinfektanPerikananAkuakulturBahan yang digunakan untuk membasmi atau membunuh mikroorganisma. Disinfektan kebiasaannya digunakan ke atas peralatan, bahan atau kelengkapan makmal semasa proses diagnosis penyakit ikan dan kajian berkaitan penyakit ikan. Contoh disinfektan ialah 70% alkohol dan klorin.
allergenalergenFizikNanoteknologiBahan yang apabila dimakan, diminum atau dihidu mudah dikesan oleh sistem imun dan menimbulkan kesan alergi. Alergen digunakan dalam bidang nanoteknologi dengan meluas dalam industri kosmetik, farmaseutikal dan makanan. Namun demikian, bahan aktif tertentu yang diadun dalam nanozarah seperti polikaprolakton dapat mendatangkan alergi kepada manusia dan haiwan. Contohnya, habuk, debu bunga atau bulu haiwan, klorin dan minyak wangi.
electron affinityafiniti elektronFizikNanoteknologiTenaga yang diperlukan untuk mengeluarkan elektron daripada ion negatif, bagi memulihkan semula keneutralan sesuatu atom atau molekul atau tenaga yang diserap apabila elektron ditambah pada atom neutral untuk membentuk ion bercas negatif. Kebanyakan unsur mempunyai afiniti elektron negatif yang membawa maksud tenaga tidak diperlukan untuk menambahkan elektron, sebaliknya tenaga dibebaskan. Secara amnya, bukan logam mempunyai lebih afiniti elektron negatif berbanding logam. Walau bagaimanapun, gas nadir mempunyai afiniti elektron positif. Afiniti elektron yang tertinggi ialah atom klorin (Cl), iaitu kira-kira ?349 kJ/mol sementara radon (Rn) yang paling lemah untuk menarik elektron dengan nilai afiniti elektronnya ialah ? 41 kJ/mol.

Kembali ke atas