chlorophyll | klorofil | Perikanan | Akuakultur | Pigmen berwarna hijau yang terdapat pada sianobakteria dan kloroplas pada alga dan tumbuhan. Klorofil merupakan biomolekul terpenting yang membolehkan tumbuhan menyerap tenaga daripada cahaya pada jarak gelombang violet-biru dan cahaya oren-merah. Klorofil bukannya molekul tunggal tetapi terdiri daripada kumpulan molekul berkaitan yang ditanda sebagai klorofil A, B, C, dan D. Klorofil A merupakan molekul yang dijumpai dalam semua sel tumbuhan dan dominan. Oleh itu, kepekatannya selalu digunakan semasa analisis klorofil. Klorofil D pula hanya dijumpai dalam alga merah laut, manakala klorofil B dan C kebiasaannya terdapat di perairan air tawar. |
algae | alga | Perikanan | Akuakultur | Sejenis tumbuhan akuatik seni yang mengandungi sel klorofil, tiada batang, akar dan daun. Secara saintifik, alga dikenali sebagai fitoplankton atau air hijau. Alga merupakan makanan awal larva ikan dan krustasea. |
phytoplankton | fitoplankton | Perikanan | Akuakultur | Organisma autotrofik yang menghasilkan makanan sendiri secara fotosintesis dengan kehadiran klorofil. Fitoplakton seperti alga hijau digunakan sebagai makanan hidup dalam aktiviti pembenihan ikan dan udang. |
photosynthesis | fotosintesis | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Proses biokimia yang berlaku pada tumbuh-tumbuhan dan organisma lain yang mengandungi klorofil untuk mensintesis sebatian organik daripada karbon dioksida, air dan cahaya. |
chlorella | klorela | Perikanan | Akuakultur | Genus sel tunggal alga hijau dalam kelas Chlorophyta. Klorela berbentuk bulat, berdiameter lebih kurang 2 – 10 μm tanpa flagela. Klorela mengandungi pigmen hijau, iaitu klorofil A dan B dalam kloroplasnya. Klorela mengganda dengan cepat melalui proses fotosintesis dan hanya memerlukan karbon dioksida, air, cahaya matahari dan sedikit mineral untuk membiak. Klorela menjadi makanan kepada makanan hidup seperti moina. |
light-harvesting complex | kompleks pungutan cahaya | Fizik | Nanoteknologi | Kumpulan binaan yang terdiri daripada susunan pigmen yang dikelilingi oleh subunit protein. Pigmen ini menyerap cahaya dan memindahkan tenaga foton ke protein. Contohnya, kompleks yang mengandungi klorofil berfungsi memungut cahaya dalam proses fotosintesis |
algae | alga | Sains Marin | Tiada | Kumpulan tumbuhan paling ringkas yang terdiri daripada organisma satu sel atau berbilang sel dan kebanyakannya hidup di dalam air. Alga sangat penting dalam jaringan makanan sebagai penghasil primer. Alga mengandungi klorofil dan menjalani fotosintesis, tetapi berbeza dengan tumbuhan tinggi kerana tidak mempunyai batang, akar, daun dan tisu vaskular. Dinding sel biasanya mengandungi bahan berkapur (kalsium karbonat), silika, protein atau campuran ketiga-tiga bahan tersebut. Contoh alga yang biasa ditemui ialah pelbagai spesies fitoplankton dan rumpai laut. |
mountant | bahan pelekap | Herba | Tiada | Reagen kimia yang membantu pemerhatian struktur tisu dan sel dalam bentuk yang utuh di bawah mikroskop. Bahan pelekap dititiskan pada bahan herba serbuk atau yang dihiris sebelum dianalisis secara mikroskopi. Terdapat tiga jenis bahan pelekap, iaitu bahan pelekap umum, bahan pelekap penjernih dan bahan pelekap pewarna. Bahan pelekap umum seperti alkohol, gliserol dan kresol digunakan untuk melihat kesemua jenis struktur tisu dan sel. Bahan pelekap penjernih seperti kloral hidrat digunakan untuk melarutkan sebahagian kandungan sel (contohnya, klorofil) atau dinding sel (contohnya, kanji) supaya struktur tisu dan sel yang lain (contohnya, sel parenkima, trikom dan kristal oksalat) menjadi lebih lut sinar. Bahan pelekap pewarna seperti floroglusinol, iodin dan Sudan III digunakan untuk mewarnakan sebahagian kandungan sel (contohnya, kanji dan minyak) atau dinding sel (contohnya, vesel dan serat). |