gale | badai | Sains Marin | Tiada | Angin yang berada dalam julat kelajuan 63-87 km/jam. Pada tahun 1986, Pusat Kajian Ribut Tropika Kebangsaan menggunakan istilah ini untuk angin ribut tropika yang berada di kawasan pantai yang berkelajuan 61-117 km/jam. Kaedah utama yang biasa digunakan untuk mengukur angin kencang ialah skala Beaufort yang mendefinisikan angin badai sebagai angin yang berada dalam julat 50-102 km/jam. Pada skala angin Beaufort, badai dikategorikan berdasarkan kod nombor seperti yang berikut: 7 (badai sederhana 32-38 batu/jam); 8 (badai baharu 39-46 batu/jam); 9 (badai kuat 47-54 batu/ jam); dan 10 (ribut/badai keseluruhan 55-63 batu/jam). Badai juga dikategorikan berdasarkan kod nombor seperti yang berikut: (0: tenang; 1: udara ringan; 2: angin tenang bahasa; 3: angin sepoi; 4: angin sederhana; 5: angin laju sederhana; 6: angin kuat; 11: ribut ganas, dan 12: ribut siklon tropika). |
Madison race | lumba Madison | Sukan | Lumba Basikal | Perlumbaan jarak 50 km dengan beberapa kali pecutan,yang melibatkan beberapa pasukan,dengan dua (2) pelumba bagi setiap pasukan. |
knot | knot | Sains Marin | Tiada | Unit kelajuan yang bersamaan dengan 1 batu nautika (1.852 km per jam atau berhampiran 1.151 batu per jam). |
red flare | tanda merah | Sukan | Lumba Basikal | Bendera atau lambang berwarna merah yang dipasang satu (1) km sebelum garis penamat dalam perlumbaan jalan raya. |
prologue | prolog | Sukan | Lumba Basikal | Ujian perlumbaan masa perseorangan jarak dekat,bagi acara yang tidak melebihi lapan (8) km. |
abyssal deposit | mendapan abis | Sains Marin | Tiada | Mendapan di laut dalam yang berada pada kedalaman lebih daripada 2.7 km. Mendapan ini terdiri daripada kelodak organik, lumpur dan tanah merah dari kawasan yang paling dalam. |
indicated speed | laju tertunjuk | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kelajuan kenderaan seperti yang ditunjukkan oleh meter kelajuan. Kelajuan diukur dalam unit km/jam atau batu/jam. Ukuran ini ditunjukkan oleh penunjuk berjarum atau secara paparan elektronik pada papan pemuka. |
main-metering system | sistem permeteran utama | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem dalam karburetor yang membekalkan bahan api ke enjin pada kelajuan melebihi 40 km/jam. Sinonim sistem kelajuan tinggi. Banding sistem kelajuan rendah. |
energy efficient vehicle (EEV) | kenderaan cekap tenaga (KCT) | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Kenderaan yang memenuhi suatu garis panduan dari segi tahap pelepasan karbon (g/km) dan penggunaan bahan api (l/100km). Kenderaan cekap tenaga termasuklah kenderaan yang cekap penggunaan bahan api, hibrid, kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan yang menggunakan bahan api alternatif. |
territorial sea | laut wilayah | Sains Marin | Tiada | Ukuran melintang dari perairan pantai (aras air paling surut) yang memanjang 12 batu nautika (22.2 km; 13.8 batu) ke kawasan laut sesebuah negara. Takrifan ini terkandung dalam Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu tentang Undang-undang Laut 1982 juga dikenali sebagai Konvensyen Undang-undang Laut 1982. |