Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.déi.na] | کوديئينا

Definisi : (kodéina) (Kim) bahan yg disediakan drpd morfina (digunakan utk membuat ubat­-ubatan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.déi.na] | کوديئينا

Definisi : /kodéina/ ist bahan yg diperoleh drpd morfin yg biasanya digunakan utk membuat ubat-ubatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kodeina


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
codeinekodeina; CodeinePerubatanTiadaTiada
codeinekodeinaKimiaTiadaTiada
codeinekodeinaKimiaTiadaTiada
codeinekodeinaKimiaTiadaAlkaloid, formula C18H21NO3, takat lebur 158oC, berbentuk hablur putih, beracun, larut sedikit di dalam air dan larut di dalam alkohol dan kloroform. kedeina diperoleh daripada pemetilan morfina. Sebatian ini lazimnya digunakan untuk membuat ubat batuk.
opium alkaloidalkaloid canduHerbaFitokimiaKumpulan sebatian alkaloid yang terdapat dalam getah pokok popi (Papaver somniferum). Sebatian utama dalam alkaloid ini ialah morfina, kodeina, tebaina dan papaverina yang pada umumnya bersifat analgesik dan narkotik. Salah satu contoh sediaan alkaloid candu ialah papaveretum yang mengandungi campuran morfina 85%, kodeina 7.8% dan papaverina 6.7% dalam bentuk hidroklorida yang digunakan untuk menahan sakit semasa pembedahan.
synergism effectkesan sinergismeHerbaFitokimiaSaling tindak antara dua atau lebih agen atau drug yang menghasilkan kesan kombinasi lebih besar daripada kesan yang diberikan oleh setiap agen. Kesan ini kadangkala digunakan dalam menyediakan ubat kombinasi seperti campuran kodeina dengan asetaminofen atau ibuprofen untuk meningkatkan tindakan kodeina bagi melegakan sakit. Dalam ubatan herba, fenomena kesan sinergisme sering diimplikasikan bagi menerangkan kesan pengubatan sediaan herba, walaupun kesan setiap konstituen dalam sediaan itu tidak mempunyai kesan tinggi seperti yang didakwa.
apocodeineapokodeinaKimiaTiadaBahan yang dihasilkan daripada tindak balas zink klorida dengan kodeina, C18H19NO.
opiumcanduKimiaForensikAlkaloid yang diperoleh daripada lenggai biji putik popi opium (Papaver somniferum dan Papaver album), yang mengandungi sekurang-kurangnya 20 sebatian yang berlainan, misalnya kodeina, morfina, dan papaverina. Sekitar 10% candu mentah ialah morfina, iaitu bahan yang bertanggungjawab bagi kesan candu. Dos maut yang dianggarkan bagi orang dewasa ialah 0.3 g. Kesan sampingan ialah loya, muntah, sembelit dan pernafasan tertekan.
antitussiveantitusifFarmasiFarmakologiUbat yang digunakan untuk meredakan atau mencegah batuk. Ubat ini merangkumi kumpulan opioid dan bukan opioid yang bertindak: pada sistem saraf pusat atau sistem saraf periferi untuk menindas refleks batuk. Contoh ubat dalam kumpulan opioid ialah kodeina, manakala contoh ubat dalam kumpulan bukan opioid ialah dekstrometorfan. Ubat daripada kumpulan opioid boleh memberikan kesan yang kuat terhadap fungsi sistem saraf pusat dan menyebabkan ketagihan jika disalahgunakan. Sediaan ubat yang biasa digunakan adalah dalam bentuk tablet, sirap atau lozeng.
alkaloidalkaloidKimiaForensikSekumpulan sebatian kimia organik, sama ada cecair atau pepejal, yang mengandungi nitrogen dan bersifat bes. Alkaloid boleh diperoleh daripada tumbuhan tertentu atau melalui proses sintesis. Bahan ini biasanya tidak berwarna, berhablur (jika pepejal), berasa pahit, larut dalam etanol, tetapi tidak larut atau larut sedikit dalam air. Sesetengahnya mempunyai nilai perubatan tetapi keracunan biasanya terjadi secara pengingesan. Contohnya, atropina, nikotina, kuinina, kodeina, kafeina, kokaina, dan morfina.

Kembali ke atas