Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.di] | کودي

Definisi : 1. dua puluh; dua ~ kain empat puluh helai kain; kepala ~ a) kain (sarung) yg diletakkan di atas sekali pd ikatan beberapa helai kain (sbg contoh); b) ki ketua kumpulan orang-orang jahat (atau budak-budak nakal); 2. tidak istimewa atau tidak tinggi mutunya (kurang baik buatannya dsb); barang (kain dll) ~ barang (kain dll) yg rendah mutunya dan murah harganya, barang (kain dll) yg dibuat banyak-banyak; berkodi-kodi beberapa kodi, berpuluh (he­lai); kodian berkodi-kodi; barang ~ barang kodi; perkodian; kepala ~ kain yg diletakkan di atas sekali pd ikatan kain, kepala kodi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.di] | کودي

Definisi : dua puluh helai (kain dll): dua ~ kain empat puluh helai kain. berkodi-kodi beberapa banyak kodi; berpuluh-puluh helai (kain dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kodi

Puisi
 

Pecah cawan pecah botol,
     Pecah menimpa kodi kain;
Kalau abang nanti yang betul,
     Saya tidak mencari lain.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stock situationsituasi kodiKesusasteraanTiadaPeristiwa dalam plot yang sering diulang dalam sesebuah drama atau naratif, sehingga menjadi suatu konvensi yang memudahkan pengkaryaan. Situasi kodi boleh tampil sebagai suatu peristiwa seperti tentang kezaliman ibu tiri dan kekeliruan identiti, atau sebagai satu urutan plot seperti cinta tiga segi atau perkahwinan paksa. Dalam sastera tradisional seperti persembahan makyung, adegan mengulik, adegan pakyung berceloteh dengan peran, dan adegan menghadap rebab merupakan situasi kodi. Hal ini demikian kerana adegan ini tetap dilakukan dalam setiap persembahan makyung. Dalam bangsawan, terdapat situasi kodi seperti adegan balairong seri, adegan taman, adegan pertarungan, adegan beradu, dan mengulik.
brackperingkat kodiPerhutananTiadaTiada
stock situationsituasi kodiKesenianDrama dan TeaterPeristiwa biasa yang memperlihatkan ciri-ciri yang sama. Peristiwa ini biasanya digunakan dalam sesuatu pementasan drama untuk menimbulkan kesan yang sama.
grand consommation paper (G.C.)kertas kodiPentadbiran PerniagaanTiadaKertas yang bermutu rendah untuk mencetak setem yang digunakan semasa Perang Dunia Pertama.
formulaicformulaikKesusasteraanTiadaBentuk bahasa yang menggunakan formula. Bentuk bahasa ini dicirikan oleh pengulangan frasa kodi untuk menggambarkan sifat, situasi, episod, dan babak yang sama dalam sesuatu cerita. Bentuk bahasa ini mencirikan sastera yang dicipta secara lisan atau dipengaruhi oleh gaya penciptaan lisan. Formulaik juga dikenali sebagai �ungkapan tetap�.
commedia dell’ artecommedia dell’ arteKesenianDrama dan TeaterSatu bentuk persembahan teater Itali sekitar abad ke-16. Commedia dell’artemengaplikasikan gaya komedi slapstik secara improvisasi melalui perlakuan watak kodi dalam pementasan. Gaya persembahannya hampir sama dengan persembahan bangsawan. Lihat jugaimprovisasi.
hometic epithetepitet homeritKesusasteraanTiadaKata sifat yang dinyatakan berulang-ulang yang muncul dalam epik Homer. Pernyataan tersebut mungkin terhasil daripada kaedah penciptaan yang memerlukan penghafalan dan penyampaian spontan atau tipikal untuk sastera lisan. Apabila epitet digunakan berulang kali, epitet itu disebut epitet kodi. Contoh epitet homerik ditemui dalam karya �The Wine-dark Sea�, �Rosy-fingered Dawn�, �Flat-foot Achilles�. Epitet homerik dikenali juga sebagai julukan homerik.
oral literaturesastera lisanKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera yang muncul dalam masyarakat pratulisan, dicipta dan disampaikan secara lisan. Sastera lisan merupakan bentuk sastera yang terawal muncul dalam sesuatu masyarakat. Biasanya, sastera lisan bersifat kolektif, dan boleh dimiliki dan dihayati secara bersama. Sastera lisan kebanyakannya dianggap sebagai suatu bentuk seni persembahan kerana melibatkan gerak tubuh, dialog, muzik dan kostum. Sastera lisan disampaikan oleh tukang cerita profesional dan bukan profesional. Tukang cerita profesional digelar Awang Batil, Tarik Selampit, dan Awang Belanga. Oleh sebab sastera lisan disampaikan secara spontan, penciptaannya harus bergantung pada formula, frasa kodi, serta tema yang sudah tersedia dalam tradisi lisan. Formula, frasa kodi dan tema tersedia itu diubahsuai mengikut keperluan teks. Justeru, sastera lisan memperlihatkan ciei-ciri khusus penciptaan lisan, seperti bersifat skematik dan formulaik, serta penuh dengan unsur-unsur perulangan dan keselarian. Sastera lisan terdiri daripada bentuk pros
typetipaKesusasteraanTiadaSejenis cerita tradisional yang mempunyai kewujudan tersendiri seperti tipa cerita panji dan tipa cerita pari. Tema ini muncul dalam semua versi cerita, dan budaya sepanjang zaman. Contohnya, tema percintaan yang terhalang antara Inu dengan Chandera Kirana merupakan tema inti dalam semua tipa cerita panji. Tipa juga merujuk kepada watak kodi, atau stereotaip hitam-putih, yang muncul dalam cerita-cerita rakyat untuk memenuhi sesuatu fungsi yang khusus sahaja. Contohnya, tipa wira, tipa penjarah, tipa nenek kebayan, dan tipa Pak Pandir. Subtipa ialah bentuk serpihan daripada versi asal yang muncul sebagai cerita yang berasingan. Contohnya dalam Syair Ken Tambuhan, Hikayat Andaken Penurat ialah subtipa cerita panji. Cerita kusi dan serawi adalah subtipa daripada cerita ramayana. Oiko-tipa ialah bentuk lokal sesuatu tipa cerita. Oico-type muncul apabila isi cerita diubah untuk disesuaikan dengan budaya tempatan. Con tohnya, Sang Kancil ialah versi oiko-tipa daripada tipa cerita binatang yang cerdik atau penipu.
formulaformulaKesusasteraanTiadaFrasa yang disusun dalam bentuk struktur tetap yang diulang dalam pengucapan harian sebagai sebahagian daripada ritual atau tatacara sosial. Formula juga merujuk kepada susunan perkataan yang diulang dalam bentuk, sukatan baris, dan isi yang identikal dalam sesebuah karya lisan, terutamanya dalam puisi naratif. Contohnya, puisi epik Home. Formula terdiri daripada pernyataan atau frasa kodi yang menjadi rujukan bersama oleh pengarang atau pencerita lisan. Bentuknya yang tetap dan bersukat menjadikan formula mudah dihafal dan diingat. Formula termasuklah frasa tetap untuk ucapan alu-aluan atau perpisahan, tahniah atau takziah. Dalam budaya tulisan, formula jelas terdapat dalam surat kiriman. Dalam kajian lisan, konsep formula mula diperkenalkan oleh Parry-Lord (1920 � 1960) ketika beliau mengkaji puisi Homer. Formula membantu proses penciptaan dan penyampaian lisan. Bahasa yang menggunakan formula disebut sebagai berungkapan tetap atau formulaik. Dalam tradisi lisan Melayu, formula digunakan untuk merujuk kep
12

Kembali ke atas