Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj katak, katak puru, kangkung, Bufo bufo; berenang ~ cara berenang; laksana ~ dapat bunga sekuntum prb tidak tahu menghargai (mempergunakan) barang yg baik; laksana ~ ditimpa kemarau prb sangat gelisah (berkeluh-kesah); spt ~ kena air tahi prb orang hina yg berlagak sombong; tertonggeng bagai ~ dlm lubang prb orang miskin yg mendapat kesusahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kodok I

Puisi
 

Anak kodok tepi perigi,
     Buah rambai dalam baldi;
Biar buruk rupa diri,
     Asalkan pandai mengambil hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kodok dapat bunga sekuntum.

Bermaksud :

Beroleh sesuatu yang sia-sia kerana tidak dapat mempergunakannya. (Bandingkan dengan: a. Bagai kera diberi kaca, b. Kera dapat bunga).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cangkem kodokcangkem kodokKerisTiadaBentuk ganja seperti mulut katak yang berkepala besar dan bermulut kecil.
clawed toadkodok kukuBiologiTiadaTiada
bufotoxinbufotoksinPerubatanTiadaToksin yang diterbitkan daripada kulit kodok.

Kembali ke atas