preoperational stage | peringkat praoperasi | Perubatan | Psikiatri | Peringkat kedua daripada empat peringkat dalam perkembangan kognitif mengikut Teori Perkembangan Kognitif Piaget. Pada peringkat ini, kanak-kanak belajar mengenali sesuatu objek dengan menggunakan imej dan perkataan. |
cognitive strategy | strategi kognitif | Pendidikan | Tiada | Proses pemikiran terancang yang melibatkan pemilihan dan pengubahsuaian kognitif bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan. |
cognitive meaning | makna kognitif | Kesusasteraan | Tiada | Tafsiran makna berdasarkan fakta yang dikongsi, diketahui dan dipersetujui ramai. Pentafsiran begini tidak melibatkan pandangan atau emosi, tetapi biasanya wujud dalam semua genre sastera. Contohnya ayat �matahari terbit dari timur�. Ayat ini ialah tafsiran yang berkisar pada fakta sahaja. Sebaliknya, ayat �matahari ini sungguh menyeksakan� ialah tafsiran yang bersifat subjektif dan emotif. Dalam karya sastera, makna kognitif boleh dimanfaatkan walaupun tidak penting seperti makna emotif dan konotatif. |
cognitive stage | peringkat kognitif | Sains Sukan | Biomekanik | 1. Peringkat keupayaan motor pada tahap awalan atau tahap kemahiran rendah. Pada peringkat ini, atlet mula mempelajari kemahiran-kemahiran dalam sukan dan akan cuba mengenal pasti secara keseluruhan konsep kemahiran motor. Mereka akan mengumpul sebanyak mungkin maklumat daripada persekitaran latihan atau permainan, kemudiannya diubah suai mengikut kemampuan dan kefahaman masing-masing. 2. Pencapaian kemahiran motor peringkat permulaan berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner. |
cognitive flexibility | keluwesan kognitif | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Kebolehan secara spontan bagi menstruktur semula pengetahuan seseorang untuk bertindak balas kepada perubahan situasi atau permintaan yang radikal. Dalam persekitaran e-pembelajaran, strategi pengajaran ditumpukan kepada persembahan maklumat daripada pelbagai perspektif yang saling berkait, serta penggunaan kajian kes yang mewakili kepelbagaian contoh bagi pembinaan pengetahuan. |
cognitive triad | triad kognitif | Perubatan | Psikiatri | Keadaan pesakit yang mempunyai tanggapan negatif terhadap diri sendiri, dunia dan masa depan. |
cognitive modelling | pemodelan kognitif | Pendidikan | Tiada | Proses yang melibatkan tindakan dan bahasa dalam menyempurnakan sesuatu tugasan serta menjelaskan proses mental yang menunjukkan tugasan tersebut dipelajari. Contohnya, seseorang perlu membuat pemerhatian, pemahaman dan mengingati sesuatu. |
cognitive curriculum | kurikulum kognitif | Pendidikan | Tiada | Hierarki struktur isi kandungan yang merangkumi maklumat yang harus dipelajari, strategi pembelajaran dan penyelesaian masalah. |
prosopagnosia | prosopagnosia | Perubatan | Psikiatri | Gangguan mental kognitif yang dihidapi oleh seseorang untuk mengecam wajah individu yang lain, termasuk wajahnya sendiri. |
executive process | proses eksekutif | Pendidikan | Tiada | Proses kognitif yang terlibat dalam penyepaduan maklumat seperti perancangan, membuat keputusan dan kesedaran aktiviti intelektual. |