Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ist protein utama yg terdapat pd tisu penghubung, kulit, tulang dan tulang rawan, yg menghasilkan gelatin apabila direbus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolagen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
collagenkolagenFizikNanoteknologiSebarang sebatian organik dalam kelas protein yang paling banyak terdapat dalam badan haiwan. Kolagen biasanya berbentuk serabut, tidak kenyal, berwarna putih dengan kekuatan tegasan yang tinggi dan tidak larut di dalam air. Kolagen yang terdapat di bawah kulit binatang dapat digunakan sebagai bahan pelekat. Kolagen khas digunakan dalam perubatan semasa pembedahan. Saiz kolagen adalah sekitar 1 nm, tetapi dalam bentuk serat saiznya adalah dalam julat 50 nm - 500 nm.
epicondylitisepikondilitisSains SukanBiomekanikRadang tisu kolagen yang berlaku di bahagian distal humerus (lengan). Radang ini dipercayai diakibatkan oleh pergerakan lengan yang berulang-ulang dan penggunaan yang berlebihan. Contohnya, perbuatan menggenggam raket tenis dengan terlalu kuat dan memukul bola tenis berulang-ulang kali sepanjang permainan boleh memberikan tekanan berlebihan kepada otot lengan.
tendontendonKejururawatanTiadaBerkas serat-serat kolagen yang keputih-putihan dan liat, berfungsi untuk menyemat otot-otot ke tulang.
cross-linksrangkaian silangSains SukanBiomekanikIkatan biokimia yang mengikat molekul kolagen dengan tisu penyambung.
fibrous cartilagerawan gentianSains SukanBiomekanikRawan yang mengandungi banyak serat kolagen yang padat pada matriksnya (struktur terkeras pada tulang). Rawan ini boleh ditemukan di antara ruas pada tulang belakang. Fungsi rawan ini adalah untuk memberi sokongan dan perlindungan.
ligamentligamenFizikNanoteknologiTisu berserat yang menghubungkan atau menutup permukaan tulang. Tisu ini terdiri daripada serabut kolagen yang tinggi kepekatannya. Nanoteknologi dapat diterapkan bagi menggantikan ligamen yang rosak dengan menggunakan campuran serabut polister, biobahan dan nanohablur kalsium.
hydroxyprolinehidroksiprolinaFizikNanoteknologiAsid amino dengan formula kimia C5H9O3N yang terhasil melalui tindak balas asid askorbik (vitamin C) dengan prolina. Hidroksiprolina ialah bahan asas bagi pembentukan protein jenis kolagen.

Kembali ke atas