Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.lam] | کولم

Definisi : 1. lubang (lekuk) di tanah yg berisi air: beberapa ekor itik sedang berenang dlm ~; 2. = ~ air lubang di tanah yg besar dan dalam utk menakung air hujan (air dr sungai dll) utk minuman; 3. bekas (yg dibuat drpd batu, simen, dll) yg diisi air (utk mandi dll); ~ kaca bekas berdinding kaca yg berisi air (tempat memelihara ikan), palung ikan, akuarium; ~ (be)renang = ~ mandi kolam yg besar dibuat drpd batu (simen dll) tempat orang berenang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.lam] | کولم

Definisi : ; rumput ~ padang sj tumbuhan (rumput), Eragrostis unioloides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.lam] | کولم

Definisi : 1 lubang di tanah yg agak luas dan dalam serta berisi air (tempat memelihara ikan dll). 2 = ~ air lubang yg besar dan dalam tempat menakung air minuman dll. 3 bekas yg dibuat drpd batu, simen dll utk diisi air. ~ renang kolam yg dibuat drpd batu, simen dll tempat orang berenang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolam

Puisi
 

Pokok rambutan tepi kolam,
     Buah dipetik hari-hari;
Intan manikam berselang nilam,
     Cahaya melimpah dalam negeri.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Melukah ikan dalam panai.

Bermaksud :

Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di dapur, b. Memukul kucing di dapur). panai = kolam kecil biasanya di depan perkarangan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
temporary pondkolam sementaraBiologiEkologiKolam yang mempunyai air hanya pada masa tertentu sahaja. Pada masa kering, organisma di dalamnya akan menjadi dorman atau keluar dari kolam tersebut. Apabila kolam sementara wujud hanya semasa musim bunga, kolam tersebut dinamai kolam vernal. Jika kolam itu mengandungi sedikit air di sepanjang tahun, tetapi membeku pada musim sejuk, kolam itu dinamai kolam aestival.
jetjetKejuruteraanPetroleumAlat pemancut yang terdapat di kawasan pengerudian misalnya di atas pelantar gerudi yang terletak di daerah luar pantai. Dengan menggunakan kuasa tekanan dari pam, alat ini digunakan untuk mencuci tangki-tangki dan juga kolam-kolam lumpur.
shaker pitkolam penggoncangKejuruteraanPetroleumKolam lumpur yang diletakan berhampiran dengan penggoncang syal, biasanya merupakan kolam lumpur pertama yang mesti dilalui oleh lumpur penggerudian yang keluar dari lubang gerudi. Kolam ini berguna untuk menggoncang lumpur penggerudian yang mengalir melaluinya supaya proses pemidahan pepejal yang terbawa dari lunang gerudi di perggoncang-penggoncang yang lain menjadi lebih berkesan.
weir pondkolam empang dasar/kolam empang limpahKejuruteraanTiadaTiada
mud pitkolam lumpurKejuruteraanPetroleumTempat simpanan lumpur penggerudian yang berupa kolam yang dibuat di atas tanah atau berupa tangki yang dibuat daripada keluli. Terdapat berbagai-bagai saiz kolam lumpur, bergantung pada keperluan lumpur untuk satu-satu rig penggerudian, dan jumlahnya berbeza untuk satu-satu rig dengan rig yang lain. terdapat dua jenis kolam lumpur, iaitu jenis edaran dan jenis simpanan. pengujian lumpur dan pengawalan sifat lumpur biasanya dilakukan pada sistem kolam edaran.
maturation pondkolam matangKejuruteraanTiadaKolam dalam olahan air sisa selepas kolam fakultatif, yang bertujuan untuk memusnahkan patogen.
farm pondkolam ladangKejuruteraanTiadaKolam yang digali untuk menakung air di ladang atau kolam tadahan di sebalik empangan untuk keperluan pengairan ladang.
forebaykolam huluHidrologiTiadaWaduk kecil atau kolam yang terletak di hulu pintu air atau rintasan paip. Kolam hulu ini dapat digunakan untuk menyimpan air dalam kuantiti yang kecil, secara nisbi, untuk menampung ubahan permintaan air yang berlaku dalam tempoh waktu yang singkat, biasanya tidak melebihi beberapa jam.
facultative pondkolam fakultatifKejuruteraanTiadaKolam penstabilan sisa yang mempunyai dua lapisan iaitu, lapisan atas aerob dan lapisan bawah anaerob. Kolam ini terdapat di negara tropika.
aerobic pondkolam aerobKejuruteraanTiadaKolam penstabilan air sisa yang cetek dan ditembusi cahaya hingga ke dasar supaya proses fotosintesis aktif pada keseluruhan kolam.
12345678910...

Kembali ke atas