tidal pool | lopak pasang surut | Sains Marin | Tiada | Tompokan air laut cetek yang terbentuk di pantai pasang surut yang berbatu atau terumbu. Kebanyakan kolam air wujud sebagai badan air berasingan ketika air surut. |
algal bloom | ledakan alga | Perikanan | Akuakultur | Fenomena apabila berlakunya pertumbuhan alga secara mendadak dan mengakibatkan perubahan warna pada air kolam atau sungai. |
oxidation pond | kolam oksidasi | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Tapak pengumpulan/pemprosesan air buangan. |
plankton | plankton | Sains Marin | Tiada | Organisma kecil dan mikroskopik yang hidup di dalam badan air seperti laut, tasik, sungai dan kolam yang mempunyai keupayaan renang terhad dan terapung-apung atau hanyut mengikut peredaran arus. Plankton dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu fitoplankton dan zooplankton. Organisma plankton yang utama adalah seperti diatom dan pelbagai alga mikroskopik lain, protozoa, krustasia kecil, peringkat larva dan telur berbagai-bagai jenis organisma. |
nymphae | telipuk | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan terapung dengan akar yang melekat di dasar kolam atau tasik. Daun telipuk bersaiz besar dan terapung di atas permukaan air. Telipuk juga mempunyai bunga pelbagai warna. |
ghost shrimp/glass shrimp | udang gantung | Perikanan | Akuakultur | Sejenis krustasea air tawar yang popular dalam industri ikan hiasan untuk dijadikan sebagai makanan hidup kepada ikan pemangsa seperti kelisa. Udang gantung turut dikenali sebagai udang beras atau udang padi dengan nama saintifik, Macrobrachium lanchesteri. Udang ini boleh dijumpai di dalam kolam, tasik dan sungai. |