colonial | kolonial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara atau bangsa yang menjajah masyarakat atau negara lain. Penjajah biasanya terdiri daripada bangsa atau negara yang kuat dari sudut ketenteraan, ekonomi, sosial dan politik. Konsep ini berkembang seiring dengan kemunculan konsep negara bangsa di Eropah pada abad ke-13 yang membawa kepada kemunculan beberapa bangsa atau negara yang melakukan penjajahan secara langsung terhadap masyarakat luar Eropah seperti di Afrika, Amerika Latin, Timur Tengah dan Asia dari abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Namun begitu, tidak semua bangsa atau negara Eropah itu penjajah. Contoh negara kolonial ialah Sepanyol, Perancis dan Great Britain. |
neo-colonialism | faham kolonial baru | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman penjajahan baru yang tidak bersifat ketenteraan atau fizikal. Kelazimannya, kolonialisme lebih bersifat penjajahan secara militer lalu memerintah negara tersebut. Penjajahan bentuk baru pula tidak membawa kemasukkan tentera tetapi lebih bersifat penguasaan ekonomi, teknologi, epistemologi dan secara teknologi maklumat. Pada hakikatnya, negara tersebut kelihatan merdeka, tetapi dikuasai oleh negara lain tanpa disedari. Pendekatan pergantungan terhadap negara Amerika Latin pada dekad 1970-an dan 1980-an berlaku apabila Amerika Syarikat kuat mempengaruhi perkembangan ekonomi dan politik negara tersebut yang boleh ditafsir sebagai fahaman kolonial baru. |
Dutch colonial style | gaya kolonial Belanda | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gaya perabot yang boleh dikenal pasti melalui unsur papan cantik yang tergantung dan berbentuk atap gambrel. Gaya ini terkenal pada abad ke-17, di kawasan penempatan Belanda di Amerika Utara. |
negritude | negritude | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan yang menyuarakan wawasan para cendiakawan dan seniman kulit hitam tentang nasib dan warisan sepunya bangsa Afrika. Negritude menolak nilai kolonial dan memberontak terhadap sistem kolonialisme. Pada masa yang sama, negritude cuba memperkasakan nilai tradisional Afrika dengan mengembalikan kegemilangan masa silamnya. Dalam bidang kesusasteraan, negritude mewakili suatu bentuk estetika yang cuba mengekalkan sifat-sifat tradisi kebudayaan Afrika. Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1930-an oleh Aim� C�saire, seorang penyajak dan dramatis dari artinique dan L�opold S�dar Senghor, seorang penyajak dan ahli politik dari Senegal. Negritude menjadi perintis kepada gerakan Black Power yang berpangkalan di Amerika pada tahun 1960-an. Lihat juga harlem renaissance. |
princely state | negeri kecil beraja | Sains Politik | Politik Perbandingan | Wilayah yang berada di bawah naungan pemerintah berketurunan raja. Putera raja yang memerintah mendapat autonomi terutamanya dalam urusan undang-undang, bahasa, kabinet dan cuti awam manakala bidang lain yang penting tetap dipegang oleh kerajaan kolonial atau pemerintah pusat. Peranan putera raja ini lebih bersifat simbol tanpa mempunyai kuasa eksekutif. Negeri kecil beraja biasanya dikaitkan dengan wilayah diraja India semasa pemerintahan kolonial Inggeris dahulu. Di India semasa kemerdekaannya, terdapat 680 negeri seperti ini yang menghantar wakilnya ke dewan perundangan khas yang dinamakan Dewan Putera-Putera. Contoh negeri beraja ini ialah Hyderabad, Mysore dan Jammu-Kashmir. |
cosmopolitan writing | penulisan kosmopolitan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk penulisan yang memberi penekanan kepada isu, tema global, dan sejagat. Bentuk penulisan ini merangkumi bidang politik dan sosial. Gaya penulisan, corak dan penggunaan bahasa juga sesuai dengan bidang tersebut. Apabila berakhirnya zaman kolonial, muncul pula negara yang dikenali sebagai Dunia Ketiga. Imigrasi dan transmigrasi kaum berlaku dari negara ini ke negara maju yang biasanya bekas kuasa imperialis seperti Great Britain, Amerika Syarikat dan Perancis. Gordon Lewis menamakan fenomena diaspora sebegini sebagai kolonialisme terbalik. Isu berkaitan dengan individu turut mendapat perhatian, seperti isu pengalaman peribadi sebagai kaum pendatang. Konsep negara bangsa dan semangat nasionalisme juga mendapat perhatian dalam penulisan ini. Dengan perpindahan manusia, sempadan dunia menjadi kabur dan gaya hidup seharian masyarakat lebih bersifat global. Justeru, penulisan kosmopolitan memaparkan masyarakat atau individu sebagai suatu perwakilan global. Mitos, cerita ibarat dan cerita haiwan yang biasanya berbentuk analogi, sejajar serta sejagat merupakan suatu ciri yang ketara dalam penulisan kosmopolitan. Penulisan ini turut memaparkan isu masyarakat pendatang dan kesulitan yang dihadapi mereka untuk menyesuaikan diri dalam suatu budaya dan tempat asing. Contohnya, karya Colin MacInnes berjudul City of Spades (1957). Karya ini membicarakan persoalan remaja dan budaya pendatang kulit hitam di London. Antara penulis kosmopolitan Inggeris yang terkenal termasuklah Isabel Allende, bharati Mukherjee, Derek Walcott, Mario Vargas Llosa dan Gabriel Garcia Marquez. Istilah cosmopolitan berasal daripada gabungan bahasa Yunani kosmos bermaksud �dunia atau alam semesta� dan politicos bermaksud �rakyat�. |
administrative class | kelas pentadbiran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelas sosial yang terbentuk daripada kalangan ahli pentadbir yang menduduki peringkat tinggi birokrasi pemerintahan. Ciri-ciri sosial kelas ini adalah dengan menonjolkan sifatnya tersendiri seperti peka kepada status, gaya kehidupan kebaratan, bertutur dalam bahasa lnggeris dan mengutamakan hierarki sosial. Contohnya, Elit Pentadbir Melayu (MAS) pada era kolonial lnggeris. |
postcolonial criticism | kritikan pascakolonial | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang mengkaji kesan penjajahan terhadap sejarah, politik, sistem nilai dan kebudayaan masyarakat yang pernah dijajah. Kritikan ini mengkaji kesan berteraskan aliran pascakolonialisme. Selain mengkaji kesan penjajahan, kritikan pascakolonial juga menawarkan perspektif dan kaedah analisis alternatif kepada wacana perdana penjajah berdasarkan sudut pandangan yang dijajah. Wacana penjajah biasanya mengagungkan peradaban Barat dan merendahkan tamadun lain, khususnya Timur. Proses wacana penjajah ini dikenali sebagai representasi yang tidak seimbang. Kritikan pascakolonial menawarkan wacana balikan yang mendedahkan struktur kuasa yang memungkinkan dan mengabsahkan dakwaan dalam wacana kolonial tersebut seperti yang dihuraikan oleh Edward Said dalam bukunya berjudul Orientalism (1978). Seterusnya, kritikan pascakolonial mengkaji struktur kuasa pemerintah selepas era penjajahan seperti dalam esei penulis dan pengkritik Nigeria, Chinua Achebe. Lihat juga orientalisme. |