internal colonialism | kolonialisme dalaman | Sains Politik | Politik Perbandingan | Penguasaan dan tekanan oleh kerajaan pusat atau pemerintah tertinggi terhadap wilayah tertentu dalam sesebuah negara. Tindakan ini melahirkan layanan atau pengagihan sumber yang tidak adil berbanding dengan wilayah lain dalam negara itu. Pemerintah selalu menekan sambil mengeksploitasi segala sumber yang ada dalam wilayah ini untuk kepentingan pusat, wilayah lain atau kepentingan individu tertentu yang terdiri daripada golongan pemerintah. Pembangunan juga tidak dibawa ke kawasan ini dan mereka tidak mendapat status autonomi dalam pemerintahan. Contohnya, kedudukan Acheh di Indonesia dapat dianggap sebagai kolonialisme dalaman apabila Jakarta menguasai wilayah ini secara kekerasan tentera, mengeksploitasi sumber alam mereka dan tidak membenarkan mereka menguruskan wilayah itu secara autonomi sepenuhnya. |
neo-colonialism | faham kolonial baru | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman penjajahan baru yang tidak bersifat ketenteraan atau fizikal. Kelazimannya, kolonialisme lebih bersifat penjajahan secara militer lalu memerintah negara tersebut. Penjajahan bentuk baru pula tidak membawa kemasukkan tentera tetapi lebih bersifat penguasaan ekonomi, teknologi, epistemologi dan secara teknologi maklumat. Pada hakikatnya, negara tersebut kelihatan merdeka, tetapi dikuasai oleh negara lain tanpa disedari. Pendekatan pergantungan terhadap negara Amerika Latin pada dekad 1970-an dan 1980-an berlaku apabila Amerika Syarikat kuat mempengaruhi perkembangan ekonomi dan politik negara tersebut yang boleh ditafsir sebagai fahaman kolonial baru. |
negritude | negritude | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan yang menyuarakan wawasan para cendiakawan dan seniman kulit hitam tentang nasib dan warisan sepunya bangsa Afrika. Negritude menolak nilai kolonial dan memberontak terhadap sistem kolonialisme. Pada masa yang sama, negritude cuba memperkasakan nilai tradisional Afrika dengan mengembalikan kegemilangan masa silamnya. Dalam bidang kesusasteraan, negritude mewakili suatu bentuk estetika yang cuba mengekalkan sifat-sifat tradisi kebudayaan Afrika. Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1930-an oleh Aim� C�saire, seorang penyajak dan dramatis dari artinique dan L�opold S�dar Senghor, seorang penyajak dan ahli politik dari Senegal. Negritude menjadi perintis kepada gerakan Black Power yang berpangkalan di Amerika pada tahun 1960-an. Lihat juga harlem renaissance. |
exoticism | eksotisisme | Kesusasteraan | Tiada | Keanehan yang tergambar dalam sesuatu cerita tanpa mengambil kira gambaran tersebut benar atau palsu. Keanehan tergambar pada aspek latar, peristiwa, dan watak yang mempesonakan serta mengasyikkan dalam sesuatu cerita. Dari sudut wacana orientalisme, gambaran eksotisisme ini sengaja menonjolkan sifat aneh dan asing bagi latar, motif, rujukan budaya, dan sosial masyarakat Timur. Kebanyakan karya kolonialisme pada abad ke-18 dan 19 memaparkan negara Timur seperti India, Timur Tengah dan Asia Tenggara sebagai latar eksotik. Contoh eksotisisme ditemui dalam karya bertajuk Persian Eclogues (1742) oleh Willian Collins, Vathek (1786) oleh William Beckford, dan Lord Jim (1895) oleh Joseph Conrad. |
hybridization | penghibridan | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan yang mempunyai gabungan ciri-cirki pinjaman daripada bahasa atau pelbagai bahasa lain dari sudut leksikologi. Dalam kritikan sastera, penghibridan merujuk kepada gabungan ragam gaya bahasa (heteroglossia) dalam suatu pengucapan atau ayat oleh dua �suara� atau watak yang berlainan. Konsep ini diutarakan oleh M.M. Bakhtin. Dalam teori pascakolonial, penghibridan merujuk kepada kacukan budaya atau tradisi hasil daripada kewujudan masyarakat majmuk akibat proses kolonialisme. Dalam keadaan kacukan budaya ini, kacukan tradisi dan teknik penulisan penjajah dan peribumi dan budaya lain akan menghasilkan sesuatu yang baharu, segar dan dinamik. Walau bagaimanapun, kacukan ini dihantui pelbagai masalah berkaitan penerimaan, kebergantungan kepada tradisi yang lebih besar dan sebagainya. Penteori utama pascakolonial termasuklah Homi Bhabha, Wilson Harris dan Edward Said. |
cosmopolitan writing | penulisan kosmopolitan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk penulisan yang memberi penekanan kepada isu, tema global, dan sejagat. Bentuk penulisan ini merangkumi bidang politik dan sosial. Gaya penulisan, corak dan penggunaan bahasa juga sesuai dengan bidang tersebut. Apabila berakhirnya zaman kolonial, muncul pula negara yang dikenali sebagai Dunia Ketiga. Imigrasi dan transmigrasi kaum berlaku dari negara ini ke negara maju yang biasanya bekas kuasa imperialis seperti Great Britain, Amerika Syarikat dan Perancis. Gordon Lewis menamakan fenomena diaspora sebegini sebagai kolonialisme terbalik. Isu berkaitan dengan individu turut mendapat perhatian, seperti isu pengalaman peribadi sebagai kaum pendatang. Konsep negara bangsa dan semangat nasionalisme juga mendapat perhatian dalam penulisan ini. Dengan perpindahan manusia, sempadan dunia menjadi kabur dan gaya hidup seharian masyarakat lebih bersifat global. Justeru, penulisan kosmopolitan memaparkan masyarakat atau individu sebagai suatu perwakilan global. Mitos, cerita ibarat dan cerita haiwan yang biasanya berbentuk analogi, sejajar serta sejagat merupakan suatu ciri yang ketara dalam penulisan kosmopolitan. Penulisan ini turut memaparkan isu masyarakat pendatang dan kesulitan yang dihadapi mereka untuk menyesuaikan diri dalam suatu budaya dan tempat asing. Contohnya, karya Colin MacInnes berjudul City of Spades (1957). Karya ini membicarakan persoalan remaja dan budaya pendatang kulit hitam di London. Antara penulis kosmopolitan Inggeris yang terkenal termasuklah Isabel Allende, bharati Mukherjee, Derek Walcott, Mario Vargas Llosa dan Gabriel Garcia Marquez. Istilah cosmopolitan berasal daripada gabungan bahasa Yunani kosmos bermaksud �dunia atau alam semesta� dan politicos bermaksud �rakyat�. |