Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (komanwél) perikatan negara-negara merdeka yg pernah diperintah oleh British yg mengiktiraf raja British yg memerintah sbg ketua Komanwel, persemak­muran; persidangan perdana menteri ~ persidangan yg disertai oleh perdana menteri negara-negara anggota Komanwel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /komanwél/ gabungan negara merdeka yg dahulunya di bawah jajahan atau di bawah naungan kerajaan Inggeris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komanwel


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
commonwealthKomanwelSains PolitikPolitik PerbandinganPerikatan negara merdeka yang terbentuk secara sukarela untuk melindungi kepentingan masing-masing atau melambangkan identiti politik tertentu yang sepunya di kalangan mereka. Ahli falsafah politik, Thomas Hobbes mentakrifkan konsep ini sebagai aksi kerjasama beberapa golongan masyarakat atau negara untuk melindungi nilai tertentu yang dikongsi bersama. Misalnya Poland dan Lithuania pernah mewujudkan Komanwel pada tahun 1569 bagi melindungi kedua-dua negara tersebut daripada ancaman Rusia dan juga Empayar Ottoman. Dalam konteks moden hari ini, Komanwel lebih merujuk kepada kesatuan sukarela atau kerjasama yang terbentuk di kalangan negara bekas tanah jajahan British. Terdapat dua jenis Komanwel iaitu Komanwel Lama yang terdiri daripada negara tanah jajahan British yang bersifat penempatan baru dan kemudiannya memperoleh kemerdekaan seperti New Zealand, Australia dan Kanada. Komanwel Lama juga terbentuk selepas Perang Dunia Pertama berakhir. Komanwel Baru pula ialah negara bekas tanah jajahan British yang memperoleh taraf kemerdekaan secara gerakan nasionalis seperti Malaysia, India, Jamaica, Kenya dan Nigeria.
isolationistpemencilSains PolitikPolitik PerbandinganNegara atau kelompok masyarakat yang bertindak memisahkan hubungannya dengan negara, masyarakat dan badan dunia lain. Dasar luarnya tidak menyentuh pihak lain dan tidak juga menjemput perwakilan luar datang ke tempatnya. Bagi negara yang mengamalkan pemencilan ini, mereka tidak menganggotai sebarang pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Opec, Nato atau Komanwel. Tujuan pemisahan ini dilakukan kerana ideologi, budaya dan keselamatan. Contohnya, Republik Rakyat China telah lama menutup pintu terhadap kemasukan delegasi atau peniaga negara lain sejak menjadi komunis. Perubahan dasar China hanya berlaku pada dekad 1980-an.

Kembali ke atas