hyphenated technique | teknik bersempang | Herba | Fitokimia | Teknik yang digunakan untuk menganalisis secara kuantitatif dan kualitatif konstituen kimia yang terdapat dalam sesuatu campuran dengan menggunakan kombinasi kaedah pemisahan melalui beberapa kaedah spektroskopi. Pelbagai jenis kombinasi telah digunakan seperti kombinasi kromatografi gas, kromatografi cecair atau elektroforesis kapilari dengan pelbagai alat pengesan seperti spektroskopi jisim, ultraungu, inframerah dan NMR. Contoh singkatan yang digunakan bagi kaedah ini ialah GC-MS, CE-MS, LC-MS, LC-UV-MS dan LC-UV-NMR. |
combination pad | pad kombinasi | Sosiologi | Tiada | Bahagian pad untuk mengawal kaedah kombinasi memasak. |
combination formulation | sediaan kombinasi | Perubatan | Tiada | Sediaan ubat yang mengandungi dua atau lebih ubat dalam nisbah dos tertentu. Antara tujuan penggabungan ubat tersebut adalah untuk melahirkan kesan sinergistik, mengurangkan kesan sampingan ubat gabungan atau memperluas kesan terapeutik. Contoh sediaan kombinasi ialah Panadein yang merupakan gabungan Paracetamol dan Codeine. |
neuroleptanalgesia | neuroleptanalgesia | Farmasi | Farmakologi | Suatu keadaan analgesia dan amnesia yang terhasil melalui kombinasi drug analgesik narkotik dan drug neuroleptik. Neuroleptanalgesia tercapai melalui pemberian bersama drug neuroleptik seperti droperidol dan drug analgesik seperti fentanil. Kombinasi drug ini biasanya diberikan sebelum sesuatu pembedahan untuk menghasilkan kesan analgesia dan penurunan tahap kesedaran serta menurunkan aktiviti motor dan keresahan.Walau bagaimanapun, pesakit masih dapat memberi gerak balas terhadap sesuatu arahan. |
synergism effect | kesan sinergisme | Herba | Fitokimia | Saling tindak antara dua atau lebih agen atau drug yang menghasilkan kesan kombinasi lebih besar daripada kesan yang diberikan oleh setiap agen. Kesan ini kadangkala digunakan dalam menyediakan ubat kombinasi seperti campuran kodeina dengan asetaminofen atau ibuprofen untuk meningkatkan tindakan kodeina bagi melegakan sakit. Dalam ubatan herba, fenomena kesan sinergisme sering diimplikasikan bagi menerangkan kesan pengubatan sediaan herba, walaupun kesan setiap konstituen dalam sediaan itu tidak mempunyai kesan tinggi seperti yang didakwa. |
coden | koden | Perpustakaan | Tiada | 1. Pengelasan kod yang diberikan pada dokumen atau bahan perpustakaan lain yang terdiri daripada 4 huruf besar dan diikuti oleh dua kumpulan yang terdiri daripada angka-angka Arab yang dibubuh sempang, atau dua angka Arab yang diikuti oleh dua huruf besar, atau beberapa kombinasi yang serupa.,2. Kombinasi beberapa huruf, angka, dan simbol yang diberikan sebagai hasil penerapan peraturan pengekodan dalam usaha menghasilkan petikan bibliografi. |
organic combination | kombinasi organik | Geologi | Tiada | Tiada |
linear combination | kombinasi linear | Matematik | Tiada | Tiada |
logical combination | kombinasi logik | Pendidikan | Tiada | Tiada |
horizontal combination | kombinasi mendatar | Ekonomi | Tiada | Tiada |