Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.mén] | کومين

Definisi : (komén) 1. teguran, kritikan, atau pe­merhatian utk menyatakan pendapat, pan­dangan, atau sikap terhadap sesuatu perkara, ulasan: berbagai-bagai ~ terhadap rancangan tersebut telah tersiar dlm akhbar; 2. memberi komen: katanya ia tidak mahu ~ tentang perkara itu; mengomen membuat komen, mengulas: sifatnya memang suka ~ kerja-kerja orang; pengomen orang yg suka dan selalu membuat komen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.mén] | کومين

Definisi : /komén/ pendapat atau buah fikiran yg diberikan mengenai sesuatu hal. mengomen memberikan komen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
komen (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan teguran, kritikan, perhatian, pendapat, pandangan, ulasan, komentar.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
imagismimagismeKesusasteraanTiadaSuatu gerakan dalam kalangan penyair yang menampilkan imejan yang konkrit, jelas dan tertumpu pada puisi bebas. Penampilan imejan dilakukan tanpa komen oleh penyair itu sendiri. Imejan ini melahirkan respons intelektual dan emosional yang kompleks dalam sekilas masa. Contoh puisi imagisme ditemui dalam �In a Station of the Metro� oleh Ezra Pound. Gerakan imagisme popular di England dan Amerika antara tahun 1912-1917 sebagai tentangan terhadap puisi pada penghujung abad ke-19 yang dianggap sentimental oleh Ezra Pound, pengasas gerakan ini. Gerakan imagisme dipengaruhi oleh sajak haiku Jepun, sejenis puisi lirik yang mengutarakan pemerhatian penyair terhadap objek atau pemandangan alam. Secara umumnya, imagisme dikatakan menyumbang kepada permulaan sajak moden.
objectivismobjektivismeKesusasteraanTiadaGerakan yang mencadangkan supaya puisi dilihat sebagai objek seni yang tidak ada kaitan dengan pertimbangan teori, konteks sejarah, dan niat pengarang. Menurut pandangan gerakan ini, semua objek sepatutnya dipilihk kerana objek itu sendiri tanpa campur tangan atau komen pengarang. Gerakan yang didukung oleh W. Carlos Williams ini popular di Amerika pada tahun 1930-an namun tidak kekal lama. Contohnya, sajak karya W.C. Williams yang berjudul The Red Wheel Barrow hanya menampilkn nilai estetika objek tanpa komen penyair.
gag orderperintah larang suaraUndang-undangTiadaSatu perintah awal yang dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi untuk menjalankan kuasa yang merangkumi larangan terhadap sebarang kata-kata, komen, perbincangan atau kenyataan termasuk rujukan kepada sebarang komunikasi secara bertulis atau tidak bertulis sementara menunggu pelupusan muktamad perbicaraan sesuatu kes.
overt narratorpengisah ketaraKesusasteraanTiadaPengisah (pengarang) yang menyampaikan cerita dan bebas memberikan komentar terhadap situasi, peristiwa, atau perwatakan yang terdapat dalam karyanya. Komentar pengisah dapat dikesan dengan ketara dalam karya kerana komen dibuat secara jelas, terbuka, dan melebihi daripada apa yang sepatutnya.
neutral omniscienceserba tahu neutralKesusasteraanTiadaBentuk sudut pandangan seseorang pengarang yang bersifat neutral dalam sesebuah karya. Walaupun pengarang (pengisah) mempunyai pengetahuan yang luas terhadap cerita dan watak, tetapi pengarang itu bertindak secara neutral tanpa melibatkan pandangan atau memberikan komen peribadi terhadap peristiwa atau pemikiran para watak.
blogblogTeknologi Maklumate-PembelajaranSingkatan bagi weblog. Sebuah tapak web yang mengandungi catatan harian atau diari, artikel, dokumen atau pendapat pengarang mengenai sesuatu topik atau subtopik yang tertentu. Blog juga merupakan jurnal dalam talian yang kerap dikemas kini dengan entri baharu setiap hari untuk bacaan, komen atau ulasan daripada pembaca. Dalam konteks e-pembelajaran, blog sering digunakan sebagai buku latihan penulisan dan portfolio tugasan. Sinonim weblog.
themetemaKesusasteraanTiadaMesej utama yang terkandung dalam sesebuah karya termasuklah novel, cerpen, drama dan puisi. Tema jarang diungkapkan secara langsung tetapi diekspresikan melalui imej yang berulang-ulang, mengandungi aksi, watak dan lambang serta harus ditafsirkan oleh pembaca atau khalayak. Tema berbeza dengan subjek (topik atau perkara yang ingin diperkatakan). Tema merupakan komen, pemerhatian, dan telahan tentang subjek. Tema dalam bahasa Yunani bermaksud �cadangan� atau �letak�.
allegoryalegoriKesusasteraanTiadaBentuk naratif yang memperkatakan sesuatu subjek menggunakan subjek lain yang mempunyai padanan atau kesamaan dengan subjek yang pertama. Contohnya, sebuah cerita mempunyai maksud lain yang tersembunyi di sebalik maksud harfiahnya. Cerita biasanya boleh berdiri secara utuh dengan maksudnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memahami alegori, cerita tersebut mempunyai maksud lain di sebalik maksud yang tersurat. Maksud tersirat pula menyerlah apabila padanan persis antara cerita yang tersurat dengan maksud yang tersirat dapat ditemukan secara satu per satu. Contohnya, dalam novel The Pilgrim & Progress olah John Bunyan. Novel ini mengisahkan pengembaraan sorang watak bernama Christian, dan watak ini menempuh pelbagai pancaroba dalam perjalanannya menuju ke Kota Celestial. Cerita tersebut boleh dipadankan dengan doktrin atau fahaman Kristian tentang perjuangan manusia untuk mendapatkan penyelamatan, dan setiap dugaan yang dilalui oleh watak Christian dalam cerita itu boleh dipadankan dengan tahap pergelutan manusia untuk mendapatkan kesejahteraan seperti yang difahami oleh penganut Kristian dan tertera dalam Bible. Pada peringkat awal, bentuk ini sering digunakan untuk menyatakan pemikiran yang bersifat agama. Di Barat, alegori sangat dominan pada Zaman Pertengahan dan bahan sastera dewasa memperlihatkan fikiran yang bersifat alegorikal. Namun dalam perkembangan seterusnya, bentuk ini digunakan untuk menyampaikan komen politik dan sosial, dan lumrah digunakan pada masa ini. Bentuk ini mempunyai kaitan dengan satu lagi bentuk, iaitu simbol. Namun perbezaan yang ketara antara kedua-duanya ialah maksud yang tersirat bagi alegori lebih bersifat tetap dan tegar, sementara maksud tersirat bagi simbol lebih bersifat terbuka dan tidak dapat dipastikan secara persis. Apabila segugus simbol digunakan dalam sesuatu naratif, simbol boleh menjadi alegori. Bentuk alegori sering dipadankan dengan karya yang panjang. Walau bagaimanapun, karya pendek yang memperlihatkan ciri yang serupa dengan alegori, sering dikenali dengan istilah cerita binatang, dan cerita ibarat. Contoh lain yang terkenal dalam sastera Barat ialah karya Dryden berjudul Absalom and Achitophel. Karya ini memperkatakan idea tersirat tentang situasi politik di England pada pertengahan kurun ke-17. Karya berjudul Gulliver�s Travels (1726) oleh Jonathan Swift pula secara tersirat menggambarkan situasi politik di England ketika pemerintahan Ratu Anne. Dalam sastera Melayu, Syair Raja Tedung dengan Raja Katak ialah alegori situasi politik Johor-Riau pada kurun ke-19. Contoh yang lain ialah novel tikus Rahmat (1963) oleh Hassan Ibrahim yang merupakan alegori kepada perhubungan kaum di Tanah Melayu. Alegori berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �memperkatakan yang di sebaliknya�.

Kembali ke atas