Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.pé.ten] | کومڤيتن

Definisi : (kompetén) IB 1. cekap, layak, dapat menjalankan tugas dgn sempurna; 2. berhak (berkuasa) melakukan atau memutuskan sesuatu; kekompetenan keadaan atau hal kompeten: keakuran dan ~ sains. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.pé.ten] | کومڤيتن

Definisi : (kompéten) (Udg) layak atau berkuasa di sisi undang-undang utk memberikan keterangan, membicarakan dsb (bkn mahkamah, saksi atau hakim): Mahkamah Rayuan tersilap apabila memutuskan Mahkamah Syariah bukan mahkamah yg ~ utk membicarakan kes berkenaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.pé.ten] | کومڤيتن

Definisi : /kompéten/ mempunyai kebolehan, pengetahuan dan kemahiran utk melakukan sesuatu dgn cekap atau dgn jayanya: Para pelajar yg ~ akan diberi sijil pengiktirafan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kompeten


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
competent partypihak kompetenPertanian OrganikTanaman Makanan-
quality assurancejaminan kualitiHerbaPeraturan dan PemasaranSistem kualiti yang melibatkan semua aktiviti dalam suatu organisasi yang dirangka secara terancang dan sistematik untuk mematuhi piawaian yang ditetapkan. Jaminan kualiti produk herba merangkumi individu yang kompeten serta premis, peralatan dan kemudahan yang bersesuaian dan mencukupi.

Kembali ke atas