Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.pé.ti.tif] | کومڤيتيتيف

Definisi : (kompétitif) bersifat persaingan, cenderung atau suka bersaing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.pé.ti.tif] | کومڤيتيتيف

Definisi : /kompétitif/ bersifat persaingan; cenderung atau suka bersaing: EON akan terus bersaing dlm menentukan pasaran yg ~ walaupun terpaksa menghadapi strategi syarikat gergasi dunia lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kompetitif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
competitive inhibitorperencat kompetitifPerubatanTiadaBahan yang dapat menghalang tindakan agonis pada reseptor dan boleh dipulihkan dengan meningkatkan kuantiti agonis di sekitar reseptor tersebut. Agonis dan pasangan perencatnya mempunyai struktur kimia yang hampir sama dan berlawan merebut tapak reseptor yang sama. Sinonim antagonis kompetitif.
competitivebersaingan;kompetitifPerubatanTiadaTiada
competitive antagonistantagonis kompetitifPerubatanTiadaTiada
non-competitive inhibitorperencat tak kompetitifPerubatanTiadaPerencat pada reseptor yang tidak dapat dialihkan dari tapak gabungan oleh molekul lain. Ini menyebabkan perencatan reseptor tersebut tidak dapat dibalikkan dan menghasilkan kesan berpanjangan. Contohnya, aspirin dalam perencatan fungsi platelet.
competitive neuromuscular-blocking agentagen penyekat neuromuskular kompetitifPerubatanTiadaAgen yang bersaing dengan asetilkolina untuk menduduki reseptor asetilkolina di taut saraf otot skeletal. Kesan persaingan antara agen dengan asetilkolina dipengaruhi oleh tahap konsentrasi agen. Tahap kelumpuhan otot bergantung kepada konsentrasi agen dan asetilkolina. Contoh agen ialah atrakurium, rokuronium dan vekuronium.
H1-receptor antagonistantagonis reseptor H1FarmasiFarmakologiAgen yang menyekat tindakan histamina dengan mengikat secara kompetitif pada reseptor H1. Sekatan reseptor H1 mengurangkan ketelapan vaskular, pruritus, pengenduran otot licin pada saluran pernafasan dan gastrousus. Agen ini mempunyai kesan sedatif, antikolinergik dan antiemetik, dan digunak:an untuk melegak:an simptom alahan. Agen ini terbahagi kepada generasi pertama (contohnya, klorfeniramina, prometazina dan difenhidramina), dan generasi kedua (contohnya, loratadina dan setrizina).
H2-receptor antagonistantagonis reseptor H2FarmasiFarmakologiAgen yang menyekat tindakan histamina dengan mengikat secara kompetitif pada reseptor H2 di sel parietal perut, dan menyebabkan pengurangan penghasilan asid oleh sel-sel tersebut. Agen ini digunakan untuk merencat rembesan asid dalam rawatan ulser peptik, dispepsia dan penyakit refluks gastroesofagus. Contoh agen ini ialah simetidin, ranitidin dan famotidin.
liquidationpembubaranPengurusanPerancanganTindakan penjualan aset oleh organisasi apabila mereka tidak lagi mampu untuk menanggung kos operasi dan bersaing secara kompetitif. Tindakan ini akan membawa kepada penamatan operasi organisasi secara kekal. Pembubaran merupakan pendekatan yang diambil oleh organisasi yang mencatat kerugian kewangan secara berterusan. Contohnya, syarikat pengeluar dan pembekal kertas kepada agensi penerbitan akhbar yang terpaksa berdepan dengan pembubaran akibat kerugian yang ditanggung sejak beberapa tahun, berpunca daripada penurunan terhadap permintaan kertas untuk akhbar tempatan.
gifthibahEkonomiEkonomi IslamAkad untuk memindahkan milik sesuatu aset tanpa bayaran yang dilakukan secara sukarela. Hibah dalam urus niaga perbankan dilakukan apabila institusi kewangan memberi sebahagian keuntungannya sebagai hadiah kepada penyimpan akaun semasa dan akaun simpanan. Selain itu, institusi kewangan boleh memberi hibah daripada sebahagian keuntungannya kepada penyimpan akaun pelaburan sekiranya pulangan akaun tersebut tidak kompetitif berbanding kadar faedah simpanan tetap. Hibah kepada penyimpan akaun pelaburan diambil daripada rizab penyamarataan keuntungan.
captive marketpasaran terbolotEkonomiEkonomi IslamPasaran yang menyebabkan pelanggan tidak mempunyai pilihan lain untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan. Keadaan ini berlaku kerana faktor tertentu yang tidak dapat dielakkan seperti penawaran yang terhad atau komitmen, ideologi dan agama pelanggan. Contohnya, pasaran kewangan Islam dan pasaran barang halal merupakan pasaran terbolot bagi pelanggan Islam yang komited dengan syariah. Walaupun wujud keadaan yang kurang kompetitif dalam pasaran ini, pasaran kewangan Islam masih boleh bertahan kerana adanya sokongan berterusan daripada pelanggan yang komited.
12

Kembali ke atas