Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.pléks] | کومڤليک‌‌س

Definisi : (kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai­-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewu­judkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum men­jadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keroh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ ‘aku pengarang’ dan ‘aku wartawan’; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat; ~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg me­nyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) ke­adaan fikiran yg memperlihatkan sikap se­seorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh; kekompleksan sifat atau keadaan kompleks: ayat-ayat yg diterbitkan mempunyai ~ yg tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.pléks] | کومڤليک‌‌س

Definisi : /kompléks/ 1 tidak mudah; tidak sederhana; rumit; sukar: sistem yg ~. 2 terdiri drpd komponen atau bahagian yg berhubungan. 3 sesuatu yg terdiri drpd bahagian-bahagian lain yg serupa atau yg berhubungan: ~ membeli-belah bangunan yg terdiri drpd beberapa banyak kedai tempat orang ramai membeli-belah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kom.pléks] | کومڤليک‌‌س

Definisi : /kompléks/ ist keadaan fikiran seseorang yg dipengaruhi perasaan megah, rendah diri dll yg menyebabkan sikap, perangai atau keperibadian seseorang menjadi tidak wajar: Setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ ‘aku pengarang’ atau ‘aku wartawan’. ~ rasa bersalah keadaan fikiran seseorang yg diganggu perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan. ~ rendah diri keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya kurang penting, tidak bijak dsb hingga boleh mendorong dia menyisihkan diri atau melakukan sesuatu yg tidak wajar. ~ tinggi diri keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung utk bersikap sombong atau angkuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kompleks
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan rumit
( sulit, sukar, kusut, celaru, ruwat, ruwet, sukar, payah, )
(adjektif:)
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan bangunan
( gedung, hotel, istana, puri, kondominium, flat, mahligai, pangsapuri, vila, wisma, )
(kata nama:)

3. Dalam konteks psikologi
bersinonim dengan rasa bangga diri, rasa rendah diri, perasaan tidak yakin, obsesi, mania, fobia.,
(kata nama:)



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
instability constantpemalar ketakstabilanKimiaKimia AnalisisUkuran ketakstabilan suatu ion kompleks. Ia merupakan nisbah hasil darab aktiviti ion-ion yang terhasil daripada penguraian ion kompleks terhadap aktiviti ion kompleks yang tidak terurai. Bagi suatu ion kompleks MLp(n-pb)+ pemalar ketakstabilan ditulis seperti berikut:
Electra complexkompleks ElectraKesusasteraanTiadaNafsu seks seseorang anak perempuan terhadap bapa kandungnya. Banding kompleks Oedipus.
vitamin P- complexvitamin P- kompleksHerbaTiadaBioflavonoid. Sekumpulan sebatian yang diperoleh daripada kulit buah sitrus dan terlibat dalam homeostasis dinding saluran darah kecil. Vitamin P-kompleks dikenali juga sebagai sebatian flavonoid sitrus.
ligandliganKimiaKimia AnalisisMolekul atau ion yang mempunyai atom penderma. Tindak balas ligan dengan logam menghasilkan sebatian koordinat atau ion kompleks. Ia juga dikenali sebagai agen pengkoordinat. Contoh ligan ialah air dalam ion kompleks [Cu(H2O)6]2+ dan ion sianida dalam ion kompleks [Ni(CN)4]2-.
light-harvesting complexkompleks pungutan cahayaFizikNanoteknologiKumpulan binaan yang terdiri daripada susunan pigmen yang dikelilingi oleh subunit protein. Pigmen ini menyerap cahaya dan memindahkan tenaga foton ke protein. Contohnya, kompleks yang mengandungi klorofil berfungsi memungut cahaya dalam proses fotosintesis
stability constantpemalar kestabilanKimiaKimia AnalisisPemalar yang menyatakan kestabilan suatu kompleks. Ia merupakan hasil darab kepekatan hasil tindak balas terhadap hasil darab kepekatan bahan tindak balas. Bagi satu kompleks MLn, yang terbentuk daripada tindak balas ion logam Mn+ L, pemalar kestabilan adalah seperti yang berikut:
Oedipus complexkompleks OedipusKesusasteraanTiadaNafsu seks seseorang anak lelaki terhadap ibu kandungnya. Istilah ini dipinjam daripada bidang psikiatri. Kajian yang dilakukan oleh Sigmund Freud mendapati anak lelaki yang mencapai usia antara tiga hingga enam tahun akan memasuki satu fasa, iaitu dia mempunyai nafsu seks terhadap ibunya. Perasaan ini timbul kesan daripada rasa persamaan atau identifikasi anak dengan ibunya yang mengakibatkan anak itu berasa cemburu dan benci terhadap bapanya. Si anak mula menganggap bapanya sebagai lawan bagi merebut perhatian dan kasih sayang ibu. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Oedipus dalam drama Oedipus Rex yang menceritakan bagaimana Oedipus membunuh ayahnya dan mengahwini ibunya. Dalam budaya Nusantara, konsep ini sudah ada sejak dahulu seperti yang terakam dalam mitos Sunda bertajuk Sangkuriang. Mitos ini diterapkan dalam karya Ajip rosidi yang juga berjudul Sangkuriang. Hal yang sama turut dirasai anak perempuan apabila mempunyai nafsu seks terhadap bapanya, dan situasi ini disebut kompleks Electra. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Electra dalam drama Oedipus yang menceritakan bagaimana Electra menghasut saudara lelakinya untuk membunuh ibu mereka sendiri sebagai balasan dendam atas pembunuhan bapa mereka. Pengaruh kedua-dua kompleks ini masih ditemui dalam sastera moden Barat seperti dalam karya Eugene O� Neill dan Tennessee Williams.
continuous variations methodskaedah perubahan selanjarKimiaKimia AnalisisKaedah penentuan nisbah ligan terhadap logam dalam sesuatu kompleks dengan cara pengukuran keserapan suatu siri larutan yang terdiri daripada logam dan ligan yang kepekatannya berubah-ubah tetapi jumlah molnya tetap. Komposisi kompleks didapati pada pecahan mol yang memberikan keserapan maksimum atau minimum.
ion association complexkompleks penyekutuan ionKimiaKimia AnalisisIon logam yang berbagung dengan satu molekul yang besar dan kemudian bergabung dengan ion yang mempunyai cas berlawanan bagi membentuk pasangan ion. Sistem begini lebih sesuai daripada kelat kerana lebih mudah diekstrak secara besar-besaran bagi logam. Contohnya Fe3+ boleh diekstrak daripada HCI dalam dietil eter yang pembentukan kompleks [H3O+][FeCI-4] berlaku.
heterogenous societymasyarakat heterogenSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat kompleks yang terdiri daripada berbilang etnik dengan pelbagai amalan agama, bahasa, budaya dan warna kulit. Dalam masyarakat heterogen, tidak wujud satu unsur identiti yang jelas bagi satu-satu kelompok masyarakat. Perbezaan ini tidak terbatas kepada unsur etnik dan budaya semata-mata tetapi juga dari sudut jenis pekerjaan, tempat tinggal, pendidikan, gender dan kelas. Masyarakat ini lebih kompleks daripada masyarakat majmuk yang melihat perbezaan kaum itu selari dengan perbezaan bahasa, agama dan budaya. Dalam masyarakat heterogen ini, perbezaan juga boleh terdapat dalam satu kaum. Contohnya, masyarakat metropolitan kota yang besar seperti Kuala Lumpur, London dan New York merupakan masyarakat heterogen.
12345678910

Kembali ke atas