Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.pli.ka.si] | کومڤليکاسي

Definisi : 1. kekusutan (sesuatu keadaan, kerana bercampur aduknya berbagai-bagai perkara atau timbulnya unsur atau faktor yg merumitkan); 2. penyakit baru atau perkem­bangan baru pd sesuatu penyakit yg menjadi­kan lebih rumit utk dirawat dan diubati: akibat tersalah makan ubat, ia mendapat ~ dan terpaksa dirawat di rumah sakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komplikasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rheumatic feverdemam reumatikKejururawatanTiadaPenyakit yang berjangkit terutamanya pada kanak-kanak dan remaja. Penyakit ini timbul sebagai komplikasi lewat bagi jangkitan ke atas trek pernafasan oleh streptokoki hemolitik. Ciri-ciri utamanya ialah demam, artritis, dan perikarditis. Komplikasi penyakit ini ialah inflamasi pada injap jantung yang mengakibatkan kegagalan jantung, deruan dan kerosakan injap jantung.
point of attackpecah ceritaKesusasteraanTiadaPermulaan cerita yang biasanya bermula selepas eksposisi atau pada permulaan persembahan. Permulaan cerita biasanya ditemui dalam teater tradisional. Selepas pecah cerita, aksi akan menuju komplikasi, seterusnya menuju klimaks (puncak) dan penyelesaian komplikasi utama. Lihat juga puncak.
rising actionaksi naikKesusasteraanTiadaBahagian plot yang terkandung krisis dan komplikasi sebelum klimaks.
antidiabeticantidiabetisHerbaFitoterapiBahan yang digunakan untuk mengubati atau mengurangkan gejala dan komplikasi kencing manis.
gangrenegangrenHerbaFitoterapiTisu mati atau nekrosis yang meluas akibat terputusnya bekalan darah ke bahagian tersebut. Gangren biasanya ialah komplikasi akibat proses jangkitan atau keradangan, kecederaan dan kemerosotan sesuatu penyakit kronik seperti kencing manis.
prolonged gestationkebuntingan berpanjanganPenternakanGenetik dan PembiakbakaanTempoh kebuntingan yang melebihi jangka masa yang normal. Kebuntingan berpanjangan sering dikaitkan dengan komplikasi pada fetus dan ibu semasa bunting.
bronchitisbronkitisHerbaPemiawaianRadang pada tiub bronkus. Keadaan ini boleh berlaku akibat tersedut habuk atau wasap yang merengsakan atau akibat jangkitan bakteria. Komplikasi penyakit lain, seperti campak atau influenza juga boleh mengakibatkan keadaan ini. Bronkitis boleh dirawat dengan menggunakan minyak pati kayu putih (Melaleuca leucadendra).
emergency nursing carejagaan kejururawatan kecemasanKejururawatanTiadaTindakan kejururawatan segera yang diberikan kepada pesakit dalam keadaan serius dan berlaku secara tiba-tiba yang boleh mengancam nyawa atau mengakibatkan komplikasi teruk.
sub-plotanak platKesusasteraanTiadaPlot sampingan daripada plot utama dalam sesebuah karya sastera. Anak plot menjadi pelengkap kepada plot utama, berkontras dengannya, atau turut memberikan aksi tambahan dan komplikasi kepada plot utama. Lihat juga plot.
plotplotKesusasteraanTiadaJalan cerita atau susunan peristiwa dalam sesebuah karya mengikut hukum sebab dan akibat. Plot biasanya ditemui dalam karya sastera seperti novel, drama, dan teater. Susunan episod dalam plot tidak semestinya mengikut urutan yang bersifat kronologi. Struktur plot yang konvensional mengandungi eksposisi, koplikasi, dan resolusi. Eksposisi ialah bahagian awal yang memperkenal setiap watak. Hubungan dan kerencaman watak tersebut menimbulkan konflik, sama ada antara watak atau dalam diri watak itu sendiri. Komplikasi ialah tahap pertengahan cerita yang mengembangkan konflik dan mengakibatkan ketegangan, kejutan dan muslihat, sehingga mencapai tahap klimaks, iaitu titik tumpuan cerita. Resolusi pula merupakan bahagian akhir yang memberi peleraian sesebuah plot. Namun, tidak semua naratif memperlihatkan struktur plot yang konvensional. Plot yang tidak konvensional tidak bersifat kronologi. Oleh itu, plot itu tidak mengikut rentetan eksposisi, komplikasi dan resolusi. Contohnya, ada naratif yang plotnya langsung tidak memberikan resolusi, malah ada naratif yang tidak mempunyai plot yang jelas. Contoh novel yang memperlihatkan plot yang konvensional ialah Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh al-Hadi, dan novel Sangeetha oleh Azizi Haji Abdullah, sementara novel Daerah Zani oleh A. Samad Said memperlihatkan plot yang bukan konvensional.
12

Kembali ke atas