Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.plot] | کومڤلوت

Definisi : rancangan atau pa­katan sulit bertujuan melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan, dsb): segala rancangan ~ yg hendak menimbulkan kekacauan itu telah diketahui polis; beliau mendakwa ada ~ yg berusaha menimbulkan permusuhan antara kita semua; berkomplot bermuafakat utk melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan, dsb): kesemua yg ditangkap itu dituduh menjalankan gerakan haram dgn bermuafakat atau ~; pengkomplot orang yg berkomplot. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.plot] | کومڤلوت

Definisi : , 1 = komplotan kumpulan orang yg bertujuan melakukan kejahatan; kumpulan sulit yg berniat jahat; kumpulan samseng. 2 rancangan atau pakatan sulit bertujuan melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan dsb): Satu ~ yg hendak menimbulkan kekacauan telah diketahui polis. Beliau mendakwa ada ~ yg berusaha menimbulkan permusuhan antara kita semua. berkomplot bermuafakat utk melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan, dsb): Kesemua yg ditangkap itu dituduh menjalankan gerakan haram dgn ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
komplot (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pakatan sulit, konspirasi, kumpulan jahat;,
Kata Terbitan : berkomplot,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
conspiracykomplot/konspirasiSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
شريك النفسkomplot pembunuhAgama IslamFiqhPakatan untuk melakukan pembunuhan.
ring leaderketua komplotPerpustakaanTiadaTiada
ring leaderketua komplotSejarahTiadaTiada
conspiracykonspirasiSejarahTiadaPakatan sulit untuk tujuan negatif, biasanya berupa komplot untuk menghancurkan seseorang atau pihak berkuasa yang tidak disenangi.
intriguemuslihatKesenianDrama dan TeaterMekanisme membina konflik drama dalam bentuk komplot atau plot untuk menjatuhkan atau menewaskan sesuatu watak.

Kembali ke atas