Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.po.nen] | کومڤونن

Definisi : bahagian yg menjadikan sesuatu (spt enjin, pesawat, alat, dll) lengkap atau sempurna, (yg menjadi) bahagian drpd se­suatu yg lebih besar (kompleks atau lengkap): strategi yg disebut tadi mesti ada ~ sosial yg menjalankan dasar dan disiplin yg boleh menjamin harmoni; parti-parti ~ Barisan Nasional. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.po.nen] | کومڤونن

Definisi : ist 1 bahagian yg melengkapi atau yg mencukupkan sesuatu. 2 bahan atau zat yg membentuk sesuatu: Nitrogen ialah ~ penting bagi protein, klorofil dan protoplasma. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komponen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
series circuitlitar siriKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSambungan komponen-komponen elektrik dalam litar elektrik yang membolehkan arus yang sama mengalir melalui semua komponen.
alignmentpenjajaranKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPelarasan komponen-komponen kepada satu baris.
microelectronicsmikroelektronikKejuruteraanTiadaTeknologi pembinaan litar dan peranti menggunakan komponen-komponen bersepadu dengan teknik-teknik yang tertentu.
fuse blockblok fiusKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKotak yang menempatkan fius untuk menghubungkan komponen-komponen litar elektrik dengan litar bekalan kuasa.
quantitative analysisanalisis kuantitatifKimiaKimia AnalisisKaedah analisis kimia yang berkaitan dengan penentuan amaun komponen-komponen dalam sampel.
qualitative analysisanalisis kualitatifKimiaKimia AnalisisKaedah analisis kimia yang berkaitan dengan pengenalpastian dan pengecaman komponen-komponen dalam sampel.
liquid-liquid extractionpengekstrakan cecair-cecairKimiaKimia AnalisisPemisahan komponen di antara dua fasa cecair yang tak terlarut campurkan. Ia digunakan untuk memisahkan komponen-komponen berdasarkan perbezaan pekali taburan.
mobile phasefasa gerakKimiaKimia AnalisisCecair atau gas yang berada dalam keadaan bergerak dalam teknik kromatografi. Fasa ini bergerak melalui fasa pegun sambil membawa komponen-komponen sampel untuk pemisahan.
multibody simulation (MBS)simulasi multibadanKejuruteraan AutomotifTiadaTeknik pemodelan komputer untuk mensimulasi sistem fizikal seperti kenderaan dan sebagainya. Simulasi multibadan digunakan untuk mensimulasi sesebuah sistem dengan memecahkannya kepada komponen-komponen signifikan (multibadan) untuk membolehkan proses analisis dilakukan.
multibody simulation (MBS)simulasi multibadanKejuruteraan AutomotifTiadaTeknik pemodelan komputer untuk mensimulasi sistem fizikal seperti kenderaan dan sebagainya. Simulasi multibadan digunakan untuk mensimulasi sesebuah sistem dengan memecahkannya kepada komponen-komponen signifikan (multibadan) untuk membolehkan proses analisis dilakukan.
12345678910...

Kembali ke atas