primitive communism | komunisme kuno | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat komunisme primitif. |
primitive communism | komunisme primitif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bentuk sistem ekonomi lampau sebelum zaman hamba abdi seperti yang terdapat dalam sejarah materialisme Karl Marx. Sistem ini melihat ekonomi masyarakat masih berada dalam bentuk tribal dan egalitarian dengan aktiviti ekonomi masih bersifat alamiah. Pada masa itu, tidak ada badan pemerintah dan juga badan khusus yang menguruskan pasaran tidak ada sistem pertukaran barang dan seluruh anggota masyarakat bekerjasama mencari keperluan asasi tanpa kepentingan persendirian. Menurut Marx, masyarakat dilihat berubah daripada tahap ini kepada bersifat perhambaan dan menuju kepada sifat feudalisme, kapitalisme, sosialisme dan komunisme. Sinonim komunisme kuno. |
communism | komunisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat faham komunis. |
revisionist | revisionis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan yang mentafsir semula sesuatu ideologi yang biasanya dikaitkan dengan ideologi komunisme atau sosialisme. Salah satu golongan yang utama ialah gerakan sosialisme Marxian yang menilai semula pemikiran Marxis berhubung dengan revolusi proletar. Gerakan ini mula mencadangkan perubahan masyarakat secara evolusi dan bukannya secara revolusi setelah melihat revolusi industri England gagal membawa sebarang revolusi proletar seperti yang dianjur oleh Marx. Golongan ini mula memikirkan kembali kekuatan teori tersebut dan mencadangkan pindaan seperti konsep polisentrisme yang dianjurkan oleh Togliatti dan Bernstein. Mereka mahukan suatu gagasan yang lebih realistik kesan daripada perubahan keadaan terutamanya sifat bekerja, sikap pemodal dan kedudukan buruh yang lebih baik. |
social criticism | kritikan sosial | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan terhadap gejala yang merosakkan masyarakat dalam teks sastera. Kritikan sosial berdasarkan fahaman bahaw sesebuah karya itu mencerminkan kebobrokan masyarakat seperti yang difahami dan ditafsirkan oleh pengarangnya. Dalam sastera Inggeris, novel George Orwell bertajuk Animal Farm merupakan sebuah teks yang mengkritik sistem komunisme yang merosakkan masyarakat. Dalam sastera Melayu pula, novel Patriach oleh Shahnon Ahmad mengkritik kuasa pemimpin yang menyeleweng. |
communism | faham komunis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemikiran yang ideal dan sempurna berhubung dengan kehidupan bernegara dan bermasyarakat yang terbentuk tanpa institusi pemerintahan, undang-undang dan struktur masyarakat berstrata. Pemikiran atau fahaman materialistik ini dicetuskan oleh Karl Marx berhubung dengan sebuah kehidupan dan negara yang adil serta sejahtera bagi semua golongan masyarakat. Dalam negara komunis, masyarakat hidup secara harmoni dan tidak ada persaingan kelas kerana semua anggota masyarakat dianggap sama statusnya. Konsep harta persendirian dan pemilikan individu dihapuskan untuk mengelakkan unsur miskin kaya dalam sistem ini. Sinonim komunisme. |
political ideology | ideologi politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman atau pegangan sesuatu kelompok berasaskan satu sistem pemikiran yang tersusun bagi membina kehidupan yang sejahtera. Fahaman ini mempunyai satu matlamat yang unggul dan kaedah yang terperinci untuk mencapai matlamat tersebut. Ideologi ini mempengaruhi budaya, sistem politik, ekonomi dan pendidikan masyarakat serta turut melahirkan berbagai-bagai program dan perancangan untuk mencapai sesuatu matlamat. Konsep ideologi berasal daripada dua gabungan istilah iaitu idea dan logik atau idea yang logik. Contohnya, demokrasi, sosialisme, komunisme, fasisme dan konservatisme. Sinonim ideologi. |
laissez jaire | laissez faire | Sains Politik | Politik Perbandingan | Doktrin yang berpegang kepada kebebasan sepenuhnya kepada semua urus niaga dalam sesebuah negara demi kepentingan kebebasan, pasaran dan hak individu. Ini bermakna, sebarang campur tangan kerajaan dalam mempengaruhi pasaran atau meletakkan peraturan dalam urus niaga ditolak sama sekali. Segala aspek dalam urus niaga seperti penetapan harga, jumlah eksport dan import, kadar faedah pinjaman, peraturan pinjaman, insurans, saham, perbankan dan sebagainya bebas ditentukan sendiri oleh pasaran atau aktor yang terlibat sahaja. Kerajaan hanya memerhati dan menyediakan infrastruktur di samping mengutip cukai yang sewajarnya. Dasar ini menjadi asas kepada perkembangan sistem kapitalisme dan sangat bertentangan dengan sistem ekonomi komunisme dan sosialisme. Dasar ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada golongan yang lebih kaya dan meminggirkan golongan yang miskin. |