Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.dén.sa.si] | کوندينساسي

Definisi : (kondénsasi) (Kim) proses per­ubahan keadaan sesuatu bahan drpd wap atau gas kpd cecair, pemeluwapan; terkondensasi berubah drpd wap (atau gas) kpd cecair. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.dén.sa.si] | کوندينساسي

Definisi : /kondénsasi/ ist proses pertukaran wap atau gas kpd cecair; pemeluwapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kondensasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
condensationkondensasiHerbaTiadaProses perubahan keadaan sesuatu bahan daripada fasa wap atau gas kepada fasa cecair atau pepejal. Contohnya, minyak pati serai wangi diperoleh daripada kondensasi wap dalam proses penyulingan. Sinonim pemeluwapan.
condensationpemeluwapanHerbaTiadaLihat kondensasi.
herbal distillationpenyulingan herbaHerbaTiadaProses penyejatan dan kondensasi semula yang digunakan untuk mengasingkan atau menulenkan cecair seperti minyak pati. Contohnya, minyak serai wangi yang diperoleh secara penyulingan stim.
continuous extractionpengekstrakan berterusanKimiaKimia AnalisisPengekstrakan pepejal atau cecair dengan menggunakan pelarut pengewapan yang sama melalui proses refluks dan kondensasi yang berterusan misalnya pengekstrakan Soxhlet.

Kembali ke atas