Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konfrontasi;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ConfrontationKonfrontasiSains PolitikPolitik PerbandinganPertentangan dua atau lebih pihak terhadap sesuatu perkara yang menyebabkan hubungan sosial, ekonomi atau politik antara pihak tersebut berada dalam konflik. Konfrontasi wujud disebabkan oleh tindakan atau pelaksanaan sesuatu dasar oleh pihak pertama yang dilihat oleh pihak kedua atau ketiga sebagai mengancam kedudukan atau kepentingan mereka. Sebagai tindak balas untuk menggagalkan matlamat pihak pertama, pihak kedua atau ketiga ini mengambil langkah menghalang seperti tindakan ketenteraan, sabotaj atau boikot. Tindakan pihak kedua dan ketiga ini menyebabkan lahirnya suatu keadaan yang tegang antara pihak yang terlibat. Contohnya, Indonesia pernah melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia berhubung dengan isu penubuhan Malaysia 1963.

Kembali ke atas