kong | kong | Kejuruteraan | Tiada | Lapisan batuan hampar tanpa bijih yang terletak di bawah lapisan aluvium berbijih. |
pi phat | pi phat | Muzik | Tiada | Ensembel muzik klasik Thailand yang terdiri daripada kong wong yai dan kong wong lek (gong chime bulatan), ranat ek dan ranat ek lek (zailofon), ching (simbal), mong (gong) dan pi (shawm) serta taphone dan klong that (dram). Ensembel pi phat mengiringi teater dan tarian klasik Thailand dan nang yai. Lihat juga mahori. |
whelk | siput kong | Perikanan | Tiada | Tiada |
All Ordinaries Indices | Indeks All-Ordinaries | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Salah satu indeks yang mengukur prestasi pasaran di Hong Kong. |
Hang Seng Index | Indeks Hang Seng | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Salah satu indeks rasmi yang digunakan untuk mengukur prestasi Bursa Saham Hong Kong. |
newly industrializing economies | ekonomi industri baru | Ekonomi | Tiada | Sekumpulan negara yang baru meningkat ke status negara industri kerana sektor industrinya yang besar dan dinamik serta terlibat dalam eksport keluaran industri secara besar-besaran. Contohnya, Korea Selatan, Taiwan, Singapura dan Hong Kong. |
pinn peat | pinn peat | Muzik | Tiada | Ensembel muzik klasik Kemboja yang mengiringi tarian klasik dan wayang nang sbek. Alat muzik pinn peat hampir sama dengan alat muzik ensembel pi phat di Thailand. Alat pinn peat termasuklah ranat aek dan ranat thung (zailofon), kong touch dan kong thong (gong chime), sralay (shawm), ching (simbal), sampho (dram tong panjang) dan skor-thom (gendang belanga). Penyanyi dalam ensembel pinn peat dikenali sebagai chamrieng. Lihat juga pi phat. |
mahori | mahori | Muzik | Tiada | Ensembel muzik Thai yang mengutamakan alat tali yang digesek seperti saw sam sai, saw duang dan saw u. Oleh yang demikian, bunyi ensembel tersebut lebih lembut daripada bunyi ensembel pi phat. Alat muzik lain dalam ensembel tersebut termasuklah khlui (flut buluh), ranat ek (zailofon bernada rendah) dan ranat ek lek (zailofon bernada tinggi), kong wong lek (gong chime bernada tinggi) dan kong wong yai (gong chime bernada rendah), ching dan cap (simbal), mong (gong) serta thon (dram berbentuk goblet) dan rammana (dram berbingkai). Ensembel mahori mengiringi lagu nyanyian, teater dan tarian klasik Thai. |
nang sbek thorn | nang sbek thorn | Muzik | Tiada | Teater wayang kulit Kemboja yang menggunakan patung besar yang dipegang oleh penari. Teater ini berasaskan epik Reamker atau Ramayana. Beberapa watak dan alam semula jadi seperti hutan, gunung atau laut diukir pada setiap patung besar. Penari boleh menari di depan dan di belakang kelir semasa persembahan. Teknik bermain wayang kulit ini sama dengan teknik bermain nang yai di Thailand. Penari diiringi seorang narator dan ensembel pinn peat. Alat muzik yang terlibat termasuklah ranat thung dan ranat aek (zailofon), kong touch dan kong thong (gong chime), sralay (shawm), ching (simbal), sampho (dram tong panjang) dan skor-thom (gendang belanga). |
late modernism | modenisme penghujung | Kesenian | Seni Bina | Seni bina yang wujud pada sekitar tahun 1970-an, yang memasukkan elemen industri dan teknologi ke dalam reka bentuk bangunan. Struktur bangunan ditunjukkan di bahagian luar dan di dalam bangunan. Penggunaan struktur logam dan stuktur konkrit tetulang menjadi pilihan arkitek pada era ini. Contoh bangunan berkonsepkan seni bina ini ialah bangunan HSBC Bank di Hong Kong oleh arkitek Norman Foster. Seni bina ini dikenali juga sebagai seni bina dalam fasa terakhir seni bina moden atau seni bina mengekspresi struktur. Sinonim seni bina teknologi tinggi. |