Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.sép] | کونسيڤ

Definisi : (konsép) 1. pengertian am atau idea yg mendasari sesuatu: ~ demokrasi tidak bererti kebebasan yg tidak terbatas; 2. rancangan (rencana, surat, dll), draf (surat dll), rang: ~ surat; berkonsepkan mempunyai sesuatu sbg konsep: rumah saya ~ seni bina timur dan barat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.sép] | کونسيڤ

Definisi : /konsép/ pendapat yg terbentuk dlm fikiran mengenai sesuatu; gagasan; tanggapan: ~ hidup mereka yg tidak mementingkan harta benda mesti diubah supaya kemajuan dpt dicapai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
konsep (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pengertian, idea, pendapat, makna, rang, draf, rencana, tanggapan, gagasan, idea, teori, kepercayaan, landas, buram, rengrengan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
affective fallacykekeliruan afektifKesusasteraanTiadaKonsep penilaian dalam sesebuah karya sastera berdasarkan kesannya terhadap emosi pembaca. Konsep ini dianggap terlalu subjektif dan mencampuradukkan dua entiti yang berbeza antara karya dengan kesannya terhadap pembaca. Konsep ini selari dengan konsep kekeliruan hasrat yang merujuk kepada kesilapan membuat penilaian berdasarkan biografi penulis atau pengakuan penilai berkaitan dengan maksud karya. Konsep kekeliruan afektif ditentang oleh penyokong kritikan impresionistik yang berpendapat bahawa respons pembaca merupakan kriteria penting dalam penilaian sesebuah teks. Konsep ini diutarakan oleh Wimsatt dan Beardsley dalam karyanya berjudul The Verbal Icon (1954). Lihat juga kekeliruan hasrat, kritikan impresionistik.
epic theatreteater epikKesusasteraanTiadaTeater yang berpusat pada konsep pengasingan. Konsep ini merujuk kepada suatu kaedah yang mempengaruhi penonton supaya mereka menyaksikan persembahan secara kritikal dan tidak pasif. Penonton perlu dimaklumkan bahawa persembahan yang disaksikan di pentas bukanlah keadaan yang sebenar tetapi hanya suatu lakonan. Justeru, penonton didedahkan dengan suatu mekanisme persembahan dengan menyelitkan lagu atau penceritaan antara adegan supaya mereka tidak terlali ke dalam ilusi teater. Bentuk teater ini diperkenalkan oleh Erwin Piscator (1893-1960) yang mewujudkan teori persembahan teater epik dengan kumpulan, Piscator Theatre. Namun bentuk teater ini lebih dikaitkan dengan Bertolt Brecht (1898-1956).
the othersi lainKesusasteraanTiadaKonsep dunia di luar diri individu atau aspek tersembunyi dalam diri individu. Si lain digunakan secara meluas dalam penulisan bidang falsafah dan psikologi. Rosemary Jackson mengenal pasti konsep ini sebagai asas pada struktur semantik yang berupaya menghasilkan pelbagai motif fantastik. Usaha yang penting dalam motif fantastik adalah untuk menghapuskan perbezaan antara konsep diri dengan konsep si lain. Konsep ini mempunyai kaitan rapat dengan tema nafsu dan bawah sedar dalam diri individu. Konsep ini juga penting dalam teori pascakolonial, iaitu pihak penjajah melihat masyarakat yang dijajah sebagai si lain. Hal ini adalah kesan daripada cara mereka menganggap diri sendiri sebagai pusat dunia, manakala orang yang dijajah berada di pinggiran dunia. Penjajah mengganggap diri mereka lengkap dan merangkumi semua nilai manusia yang sejati, iaitu konsep �diri� yang benar, manakala orang yang dijajah sebagai �lain�, yakni berkedudukan lebih rendah. Proses �melainkan� merujuk kepada kegiatan menganggap dan menilai orang lain sebagai lebih rendah kedudukannya.
unitykesatuanKesusasteraanTiadaKonsep menghubungkan atau menggabungkan karya sastera supaya menjadi keseluruhan yang sebati dan padu. Dalam drama, konsep penggabungan ini berlaku pada aksi, masa, dan tempat. Gabungan aksi ialah aksi utama tanpa subplot, watak dan latar. Gabungan masa ialah jangka masa sehari semalam, manakala gabungan tempat ialah lokasi yang dapat dikunjungi watak dalam satu hari. Konsep ini pertama kali dibincangkan oleh Aristotle dalam karya Poetics dan dimantapkan sebagai prinsip drama pada tahun 1570. Konsep ini diterima di sesetengah tempat di Eropah. Contohnya di Perancis, konsep ini diguna pakai selama 200 tahun, tetapi di England dan Sepanyol, konsep ini tidak diberikan perhatian. Namun penulis seperti Shakespeare tidak mematuhi konsep ini. Dramatis tersohor ini tidak mengambil kira keperluan atau pentingnya konsep kesatuan ini dalam pengkaryaannya.
binary oppositiontentangan binariKesusasteraanTiadaKonsep yang berlawanan antara dua sifat, idea atau benda. Contohnya, tinggi-rendah, kebenaran-kepalsuan, hitam-putih, dan lelaki-perempuan. Konsep ini menjadi tulang belakang strukturalisme selepas diperkenalkan oleh Levi-Strauss dalam kajiannya tentang mitos. Linguistik dan strukturalisme menggunakan konsep binara ini bukan sahaja dari segi perkataan dan konsep tetapi juga dari segi kelaziman atau kod teks. Untuk dekonstruksi dan pascastrukturalisme, konsep binari ini ditolak kerana konsep ini melambangkan pemusatan atau suatu sistem yang tetap. Perlambangan ini dianggap stabil dan sistematis oleh strukturalis tetapi dianggap sebaliknya oleh pascastrukturalisme. Dekonstruksi sentiasa mencari-cari kelemahan struktur binari ini melalui proses aporia dan ketidakpastian.
homeostasis conceptkonsep homeostasisKejururawatanTiadaKonsep proses automatik kawal atur diri bagi mengekalkan keseimbangan dan fungsi optimum tubuh.
recitrecitKesusasteraanTiadaSusunan jalan cerita yang tertera dalam teks sastera, tetapi susunannya tidak teratur. Konsep recit memperluaskan perbincangan ciri puitika yang dikemukakan oleh Aristotle untuk membezakan jalan cerita yang disusun mengikut susunan masa atau histoire, dengan cerita yang dipersembahkan oleh pengisah. Konsep ini diketengahkan oleh ahli strukturalisme Perancis pada tahun 1960-an. Konsep ini diambil daripada konsep formalisme Rusia sjuzet yang lebih kurang sama maksudnya.
noble savagenoble savageKesusasteraanTiadaKonsep yang merujuk kepada sifat kemuliaan, kebaikan dan martabat diri yang tinggi pada manusia primitif yang belum dicemari oleh kesan buruk tamadun. Pada era romantisme, konsep ini merupakan tindak balas penulis terhadap kesan negatif industrialisme, materialisme dan kapitalisme yang memusnahkan keindahan semula jadi. Dalam era imperialisme pada kurun ke-19, konsep noble savage digunakan oleh para orientalis untuk merujuk kepada masyarakat peribumi. Kini, dalam bidang kajian pascakolonial, konsep ini ditinjau semula untuk mempelihatkan sikap memandang rendah sebilangan orientalis terhadap masyarakat peribumi.
pathetic fallacykekeliruan rasa hibaKesusasteraanTiadaKonsep yang menentang penggunaan kaedah personifikasi dalam sastera. Menurut konsep ini, perasaan dan aksi manusia dikaitkan dengan objek alam semula jadi. Istilah ini digunakan untuk membicarakan secara umum, sentimentaliti yang diakibatkan oleh pembicaraan keterlaluan mengenai alam semula jadi dalam karya kreatif. Dalam konteks penggunaan kaedah ini, emosi manusia (daripada perkataan Yunani pathos yang bermaksud perasaan) diberikan kepada alam semula jadi dan kepada benda yang tidak bernyawa. Penyajak kerap menggunakan kaedah ini dalam sajak mereka. John Ruskin, seorang penulis bahasa Inggeris pada abad ke-19, mencetuskan idea ini dalam bukunya bertajuk Modern Painters. Beliau berpendapat, kaedah ini dapat menghasilkan emosionalisme palsu dalam kalangan manusia terhadap keadaan sekelilingnya. Contohnya, Ruskin tidak menyukai cara Coleridge, seorang penyajak berbangsa Inggeris yang membicarakan tentang dedaun yang menari. Bagi Ruskin, konsep ini salah kerana pada hakikatnya daun tidak boleh menari.
poetic justicekeadilan puitisKesusasteraanTiadaKonsep moral dalam penulisan karya sastera yang memberikan ganjaran kepada kebaikan dan menerima hukuman untuk kejahatan. Keadilan puitis diwujudkan pertama kali oleh Thomas Rhymer pada tahun 1678. Konsep ini digunakan dalam drama pada kurun ke-17 dan ke-18. Kini, konsep ini digunakan secara meluas dalam semua bidang sastera, seni persembahan dan filem.
12345678910...

Kembali ke atas