Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.ser.to] | کونسرتو

Definisi : (Muz) gubahan muzik yg menampil­kan persembahan pemain solo dgn iringan orkestra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konserto


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
concertokonsertoMuzikTiada

 Karya digubah untuk pemuzik solo yang diiring oleh orkes­tra. Genre muzik diperkenalkan pada abad ke-17. Terdapat beberapa jenis konserto, antaranya konserto piano dan kon­serto violin. Karya konserto mengandungi tiga gerakan muzik. Gerakan pertama biasanya dalam bentuk sonata yang mempunyai dua eksposisi dan satu kadenza di penghujung ge­rakan, sementara gerakan kedua pula dalam tempo perlahan, manakala gerakan ketiga biasanya dalam bentuk rondo.

concerto grossokonserto grosoMuzikTiada

 Konserto yang digubah untuk sekumpulan pemain solo dan orkestra. Konserto groso terdiri daripada tiga gerakan muzik. Kumpulan pemuzik solo dikenali sebagai konsertino, konser­tato atau konsertante. Manakala kumpulan orkestra dikenali sebagai tutti, ripieno, konserto groso atau groso. Kedua-dua kumpulan ini bermain secara bergilir-gilir untuk menghasilkan bunyi yang kontras. Contohnya, enam buah karya Bran­denburg Concerto oleh J.S. Bach.

triple concertokonserto tripelMuzikTiada

 Konserto yang dihasilkan untuk tiga buah alat solo dengan orkestra. Contohnya, Triple Concerto, C major, Op. 56 (1805) oleh Beethoven untuk violin solo, celo solo, piano dan orkestra.

double concertokonserto gandaMuzikTiada

 Konserto bagi dua alat solo dan orkestra. Contohnya, Concer­to for Violin and Cello, A minor, Op. 102 oleh Brahms yang dipersembahkan buat pertama kali di Cologne pada 18 Oktober 1887.

Choralkonzertkoral konsertoMuzikTiada

 Konserto berasaskan melodi koral Protestan Jerman.

ripienoripienoMuzikTiada

 Bahagian muzik yang dimainkan oleh bahagian tutti, iaitu kumpulan besar atau bahagian orkestra dalam sebuah konserto groso. Lihat juga  konserto.

piano concertokonserto pianoKesenianTiadaPersembahan dan gubahan muzik untuk piano tunggal dengan iringan orkestra.
concerto (lt)konsertoKesenianTiada1. Konsert. 2. Persembahan muzik dalam bentuk concerted. 3. Satu karya muzik yang menampilkan persembahan pemain solo dengan iringan orkestra.
concerto grosso (H)konserto grosoKesenianTiadaKarya muzik zaman Barok untuk kumpulan kecil alat solo dan orkestra penuh.
triple concertotrikonsertoKesenianTiadaKonserto yang mengandungi tiga pemain alat muzik seperti piano, violin dan celo.
123

Kembali ke atas