microbial contamination | kontaminasi mikrob | Herba | Tiada | Pencemaran mikroorganisma seperti bakteria, fungus, yis dan kulapuk yang terkandung dalam herba akibat kontaminasi. Kontaminasi mikrob boleh berlaku apabila herba terdedah kepada tanah, semasa pemprosesan dan penstoran yang tidak bersih. Penentuan kandungan mikrob berguna untuk memastikan kualiti dan keselamatan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan kontaminasi mikrob dalam bahan herba yang melebihi had nilai piawai boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Kontaminasi mikrob dikesan secara mikrobiologi menggunakan kaedah kiraan aerob viabel total. Secara umumnya, kebanyakan farmakopoeia dan WHO telah menetapkan had piawai tertentu bagi bahan herba. Contohnya, British dan European Pharmacopoeia mengehadkan nilai kontaminasi mikrob bagi kanji jagung, ubi kentang, beras dan gandum tidak melebihi 103 bakteria dan 102 fungus untuk untuk setiap gram sampel. Menurut WHO, bahan herba mestilah bebas daripada kontaminasi Salmonella. |
radioactive contamination | kontaminasi radioaktif | Herba | Tiada | Pencemaran bahan isotop radioaktif seperti strontium-90, iodin-131, caesium-134, caesium-137 dan plutonium-239 yang terkandung dalam herba. Kontaminasi radioaktif boleh berlaku apabila herba terdedah kepada kemalangan nuklear, herba ditanam di kawasan tanah dan air yang tercemar dengan bahan radio isotop dan semasa herba disteril secara radiasi. Penentuan kandungan radioaktif berguna untuk memastikan kualiti dan keselamatan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan kontaminasi radioaktif dalam bahan herba boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Kontaminasi radioaktif dikesan dengan mengukur radiasi yang dipancarkan oleh bahan radio isotop menggunakan meter radiasi seperti alat pembilang Geiger. Secara umumnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kebanyakan farmakopeia menetapkan bahawa bahan herba mestilah bebas daripada kontaminasi radioaktif. |
heavy metal contamination | kontaminasi logam berat | Herba | Tiada | Pencemaran bahan logam seperti arsenik, merkuri, plumbum, kadmium, kuprum, ferum, nikel dan zink yang terkandung dalam herba. Kontaminasi logam berat boleh berlaku disebabkan oleh pencemaran persekitaran secara sengaja atau tidak sengaja, penggunaan pestisid seperti plumbum arsenat dan penggunaan alat pemprosesan yang dibuat daripada bahan logam seperti kuprum dan besi. Penentuan kandungan logam berat berguna untuk memastikan kualiti dan keselamatan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan logam berat dalam bahan herba yang melebihi nilai piawai boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Logam berat dikesan menggunakan kaedah spektroskopi penyerapan atom. Secara umumnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengehadkan nilai plumbum dan kadmium piawai bagi bahan herba tidak melebihi 10 ppm dan 0.3 ppm masing-masing. |
herbal cross-contamination | kontaminasi silang herba | Herba | Tiada | Pencemaran bahan mula, produk antara atau produk akhir dengan bahan mula atau produk lain semasa proses pengilangan herba. Kontaminasi ini boleh berlaku akibat kecuaian pengendalian semasa penyampelan, penimbangan, pencampuran dan pemprosesan. |
contamination | kontaminasi/pencemaran | Herba | Tiada | Kemasukan bahan tak dikehendaki seperti mikroorganisma, residu pestisid, logam berat, bahan radioaktif atau aflatoksin ke dalam bahan mentah atau sediaan herba secara tidak sengaja. Kontaminasi boleh berlaku pada bahan pemula atau bahan perantaraan semasa proses pengeluaran, pensampelan, pembungkusan atau pembungkusan ulang, penstoran atau pengangkutan. Produk yang terkontaminasi akan hilang nilai kualiti dan tidak selamat untuk digunakan. |
physical contamination | kontaminasi fizikal | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
microbial contamination | kontaminasi mikrob | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
chemical contamination | kontaminasi kimia | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
microbial contamination | kontaminasi mikrob | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pencemaran yang disebabkan oleh mikroorganisma seperti bakteria dan fungus. Pencemaran boleh berlaku semasa proses pengilangan yang mungkin berpunca daripada bahan mentah yang digunakan, pekerja kilang atau persekitaran kilang. Spesifikasi produk perlu meliputi had spesifikasi bilangan mikroorganisma dan tiada mikroorganisma berbahaya yang wujud seperti E. coli, Pseudomonas sp., S. aureus dan albicans. |
pesticide residue contamination | kontaminasi residu pestisid | Herba | Tiada | Pencemaran bahan pestisid yang terkumpul daripada amalan pertanian seperti penyemburan, perawatan tanah semasa penanaman dan penyemburan bahan fumigan semasa penstoran. Contoh kelas bahan pestisid adalah seperti organoklorin, organofosfat, karbamat dan sebagainya. Pestisid biasanya digunakan untuk mengelakkan serangga dan haiwan perosak daripada menyerang tumbuh-tumbuhan, tetapi penggunaannya yang berlebihan menyebabkan pencemaran kepada tanah dan sistem pengairan. Penentuan residu pestisid berguna untuk memastikan kualiti suatu bahan mentah herba. Residu pestisid dalam bahan herba yang melebihi nilai piawai boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Residu ini boleh dikesan menggunakan kaedah kromatografi dan spektroskopi. Secara umumnya, WHO mengehadkan nilai piawai residu aldrin atau dieldrin bagi bahan herba tidak melebihi 0.05 ppm. British dan European Pharmacopoeia pula mengehadkan nilai piawai residu pestisid organoklorin dalam lemak bulu tidak melebihi 0.05 ppm. |