bid bond | bon bida | insurans | Tiada | Bon yang menjamin bahawa kontraktor akan melaksanakan kontrak jika kontrak tersebut diberikan kepadanya dan akan menyediakan bon prestasi atau bon kontrak yang diperlukan. |
contract giver | pemberi kontrak | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Organisasi yang bersetuju untuk memberikan suatu urusan kerja berdasarkan perjanjian yang sah mengikut undang-undang kepada penerima kontrak. Amalan pengilangan baik Produk Tradisional dan Penokok Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa pemberi kontrak bertanggungjawab untuk menilai kompetensi penerima kontrak, memberikan maklumat yang diperlukan oleh penerima kontrak dan menetapkan spesifikasi supaya penerima kontrak dapat melaksanakan kerja yang diarahkan dengan sepenuhnya. Pemberi kontrak harus menjelaskan sebarang masalah yang berkaitan dengan produk atau kerja yang mungkin menimbulkan bahaya pada premis, peralatan, personel, bahan atau produk yang lain. Pemberi kontrak juga harus memastikan bahawa semua produk, bahan-bahan atau keputusan pengujian yang diserahkan oleh penerima kontrak adalah bersesuaian dengan spesifikasi yang telah ditetapkan. |
contract analysis | analisis kontrak | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pengujian terhadap bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba yang dilaksanakan berdasarkan perjanjian yang sah mengikut undang-undang antara pemberi kontrak dengan penerima kontrak. Ujian yang dilakukan perlu diperincikan dengan betul, dipersetujui dan dikawal untuk mengelakkan salah faham yang boleh menyebabkan kualiti ujian tidak memuaskan. Penerima kontrak harus menyatakan dengan jelas tentang pegawai yang diberi kuasa dan bertanggungjawab melaksanakan ujian tersebut. |
contract manufacturing | pembuatan kontrak | Herba | Tiada | Perjanjian antara seseorang individu atau syarikat dengan pengilang kontrak berlesen untuk menjalankan aktiviti penghasilan produk herba. Pengilang kontrak perlu mempunyai premis, kelengkapan dan personel yang mematuhi keperluan Amalan Pengilangan Baik. Pembuatan produk herba perlu dilakukan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pelanggan. Sinonim pengilangan kontrak. |
contract acceptor | penerima kontrak | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Syarikat atau pengilang yang bersetuju untuk melakukan suatu urusan kerja berdasarkan perjanjian yang sah mengikut undang-undang dengan pemberi kontrak. Menurut panduan amalan pengilangan baik Produk Tradisional dan Tambahan Kesihatan Malaysia, penerima kontrak harus mematuhi garis panduan yang terkini. Penerima kontrak juga perlu memastikan bahawa semua produk, bahan-bahan atau keputusan pengujian yang diserahkan adalah bersesuaian dengan kehendak pemberi kontrak. |
contract analysis | analisis kontrak | Herba | Tiada | Perjanjian antara seseorang individu atau syarikat dengan penganalisis kontrak untuk menjalankan sebarang aktiviti analisis yang berkaitan dengan kualiti, keberkesanan dan keselamatan bahan mentah, sediaan dan produk herba. Penganalisis kontrak perlu mempunyai makmal bertauliah, peralatan dan personel yang mematuhi keperluan Amalan Makmal Baik. Analisis perlu dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pelanggan. Sijil analisis perlu ditandatangani oleh pegawai bertauliah. |
assumed liability | liabiliti tertanggung | insurans | Tiada | Liabiliti pihak lain yang dipersetujui untuk ditanggung oleh syarikat insurans melalui kontrak bertulis atau kontrak secara lisan. |
insurance contract | kontrak insurans | insurans | Tiada | Perjanjian mengenai urusan jual beli insurans. Kontrak ini melibatkan dua pihak iaitu insured dan insurer. Insured berjanji akan membayar sejumlah wang yang dinamakan premium dan insurer sebaliknya berjanji membayar ganti rugi kepada insured sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang ditetapkan dalam kontrak. |
insurance contract | kontrak insurans | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perjanjian mengenai urusan jual beli insurans. Kontrak ini melibatkan dua pihak iaitu insured dan insurer. Insured berjanji akan membayar sejumlah wang yang dinamakan premium dan insurer sebaliknya berjanji membayar ganti rugi kepada insured sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang ditetapkan dalam kontrak. |
aleatory contract | kontrak aleatori | insurans | Tiada | Kontrak yang caruman dan imbuhan daripada pihak yang terlibat adalah tidak setara. Contoh: sekiranya kerugian berlaku, kemungkinan jumlah tuntutan lebih besar berbanding dengan jumlah premium yang telah dibayar atau sebaliknya. |