Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.trak.si] | کونترکسي

Definisi : 1. pengecutan (peregangan) otot: ~ mempercepat pengembalian bentuk rahim; 2. (Lin) proses atau hasil memendekkan bentuk linguistik, mis tak drpd tidak atau tiada drpd tidak ada; berkontraksi melakukan (proses) kontraksi: otot-otot perut akan ~ apabila anda dlm keadaan cemas atau berhati-hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kontraksi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cardiac outputkeluaran jantungKejururawatanTiadaJumlah darah yang dipam keluar semasa kontraksi ventrikel dalam masa satu minit. Semasa rehat setiap kontraksi ventrikel kiri biasanya mengepam 70 ml darah. Jika nadi seseorang 70 kali per minit, maka keluaran kardiaknya ialah 4900 ml.
labour painsakit bersalinKejururawatanTiadaPerihal kesakitan akut yang bercirikan kontraksi uterus semasa bersalin.
after pain'ssakit susulKejururawatanTiadaSakit selepas bersalin akibat kontraksi otot uterus semasa involusi.
atrioventricular nodenodus antrioventrikalKejururawatanTiadaSatu kumpulan tisu khusus jantung yang terdiri daripada sistem kontraksi jantung serta menerima impuls untuk mengecut daripada nodus sinoatrium.
heart beatdenyut jantungKejururawatanTiadaSatu kitaran kardiak yang terjadi semasa konduksi impuls elektrik dan kontraksi mekanikal.
crowningpengkoronaanKejururawatanTiadaDiameter suboksipitobregmatik dan biparietal kepala fetus melepasi lingkaran vulva dan ia berada dalam keadaan tetap antara kontraksi uterus.
atrioventricular bundleberkas atrioventrikelKejururawatanTiadaBerkas serat otot jantung khusus daripada nodus atrioventrikel ke serat Purkinje yang berfungsi menghantar impuls kontraksi otot jantung ke ventrikel jantung. Ia terdiri daripada berkas kanan dan berkas kiri, satu bagi setiap ventrikel.
active stretchingregangan aktifSains SukanBiomekanikRegangan pada otot, tendon dan ligamen yang dilakukan sendiri oleh pelaku untuk mengurangkan risiko kecederaan otot. Regangan ini memerlukan kontraksi otot untuk menahan regangan. Contohnya, seseorang yang berada pada posisi menyergap (keadaan salah satu kaki dibengkokkan pada sudut 90�, manakala sebelah kaki lagi dihalakan ke belakang). Pada kedudukan ini, otot kaki digunakan untuk mengimbangi badan supaya tegak dalam kedudukan yang dikehendaki.

Kembali ke atas