Cartesian coordinate system | sistem koordinat Cartes | Sains Sukan | Biomekanik | Sistem untuk menilai posisi satu titik dalam ruang dua atau tiga dimensi. Penilaian posisi atau titik ini ditentukan melalui satu satah menerusi dua nombor yang dikenali sebagai koordinatx dan koordinat-y suatu titik. Untuk mentakrifkan titik itu, dua garis lurus yang berserenjang (paksi-x dan paksi-y) ditentukan bersama-sama dengan unit panjang yang ditandakan pada keduadua paksi. Sistem koordinat Cartes juga digunakan dalam ruang (iaitu, tiga koordinat digunakan) dan dalam dimensi yang lebih tinggi. |
analytical geometry | geometri beranalisis | Fizik | Tiada | Cabang geometri berdasarkan geometri koordinat. |
analytical geometry | geometri analisis | Kimia | Tiada | Cabang geometri berdasarkan geometri koordinat. |
analytical geometry | geometri analisis | Matematik | Tiada | Cabang geometri berdasarkan geometri koordinat. |
ligand | ligan | Kimia | Kimia Analisis | Molekul atau ion yang mempunyai atom penderma. Tindak balas ligan dengan logam menghasilkan sebatian koordinat atau ion kompleks. Ia juga dikenali sebagai agen pengkoordinat. Contoh ligan ialah air dalam ion kompleks [Cu(H2O)6]2+ dan ion sianida dalam ion kompleks [Ni(CN)4]2-. |
Lewis acid | asid Lewis | Fizik | Nanoteknologi | Bahan kimia yang dapat menerima sepasang elektron daripada suatu alkali untuk membentuk satu ikatan kovalen koordinat yang menghasilkan kompleks atau sebatian kimia baharu yang dipanggil aduk. Tindak balas asid-alkali Lewis ditunjukkan dalam rajah yang berikut: Contohnya, ion zink (Zn2+) ialah asid Lewis dan amonia (NH3) ialah alkali Lewis bertindak balas membentuk kompleks [Zn (NH3)4]4+. |
complex ion | ion kompleks | Kimia | Kimia Analisis | Ion yang struktur molekulnya terdiri daripada satu ion pusat yang terikat pada atom-atom lain dengan ikatan kovalen koordinat. Misalnya, ion kuprammonium, Cu(NH3)2+4. |