white light corona | korona cahaya putih | Matematik | Tiada | Bahagian korona yang terdiri daripada korona K dan korona F yang bertindan dan korona E-nya hanya dapat dicerap pada panjang gelombang tertentu dengan bantuan kronograf Lyot di balai cerap yang tinggi tempatnya. |
acrylic crown | korona akrilik | Pergigian | Tiada | Bahagian kepala gigi yang diperbuat daripada akrilik. Korona ini dibuat sementara menunggu korona sebenar siap. Korona akrilik dibuat di makmal dan biasanya diperbuat daripada seramik atau logam. Korona akrilik ini berfungsi untuk memberi perlindungan sementara pada gigi yang telah dipotong. |
seven-eight crown | korona tujuh perlapan | Perubatan | Tiada | Restorasi untuk korona gigi di mana hanya tujuk perlapan daripada permukaan korona gigi digantikan dengan korona buatan. |
stainless steel crown | korona keluli nirkarat | Pergigian | Tiada | Restorasi korona siap bentuk yang diperbuat daripada keluli nirkarat dalam pelbagai saiz dan jenis. Korona ini boleh dipadankan pada gigi desidus posterior setelah penyediaan gigi yang minimum. Setelah pinggir servikalnya dipangkas dan dikontur, korona tersebut akan disimen pada gigi. Sinonim korona keluli nirkarat prakontur, korona keluli nirkarat prarapian |
veneered stainless steel crown | korona keluli nirkarat venir | Pergigian | Tiada | Restorasi korona keluli nirkarat yang telah dimodifikasi untuk mendapatkan ciri estetik bagi gigi desidus anterior. Bahagian bukal atau labial korona tersebut dilapisi bahan restorasi berwarna gigi seperti resin komposit. Teknik penyediaan gigi korona keluli nirkarat berbeza dengan korona keluli nirkarat venir kerana gigi perlu dipangkas bagi membolehkan korona dipadankan. Sinonim korona venir keluli siap bentuk |
open-face steel crown | korona logam muka terbuka | Pergigian | Tiada | Restorasi korona logam yang telah dimodifikasi bagi mendapatkan ciri estetik. Korona ini dipadankan dengan gigi desidus anterior. Selepas korona disimen pada gigi bahagian labial, korona logam dipotong untuk mendedahkan permukaan gigi. Permukaan gigi yang terdedah disediakan dengan membuat underkut dan menyapu agen pengikat sebelum restorasi berwarna gigi dibuat. |
crown restoration | restorasi korona | Perubatan | Tiada | Memulihkan kecacatan korona dengan membentuk korona tiruan, biasanya daripada porselin atau logam. |
partial crown | korona sebahagian | Perubatan | Tiada | Korona tiruan yang menutupi sebahagian besar korona gigi tetapi tidak keseluruhan korona. |
acrylic shell method | kaedah kelongsong akrilik | Pergigian | Tiada | Cara membuat restorasi sementara dengan menggunakan kelongsung akrilik untuk menghasilkan bentuk korona. Bentuk korona yang terhasil ini disimenkan pada gigi tersebut untuk tujuan perlindungan dan estetik, sementara menunggu korona kekal yang diperbuat daripada porselin atau logam siap. |
intrinsic staining | penstainan intrinsik | Pergigian | Tiada | Gigi yang terwarna akibat patologi pulpa. Dalam penstainan jenis ini tisu pulpa yang tak vital akan menghasilkan pigmen yang boleh menyebabkan gigi kelihatan gelap. Gigi ini perlu menjalani rawatan kanal akar terlebih dahulu sebelum rawatan selanjutnya seperti pelunturan, venir berlapis atau korona/korona tiang bergantung kepada darjah keterukan penstainan. |