political corruption | korupsi politik/rasuah politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
restructuring | penstrukturan semula | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kaedah pengurusan organisasi yang dirombak dan disusun semula berdasarkan sistem pengurusan korporat. Biasanya, kaedah ini diguna pakai apabila timbul sesuatu masalah misalnya masalah kewangan dalam sesebuah organisasi, kakitangan yang tidak produktif, pengambilalihan pengurusan baru, masalah korupsi, kebankrapan dan sebagainya. Tujuan utama penstrukturan semula adalah untuk mewujudkan sistem pengurusan yang lebih cekap, sistematik dan menguntungkan. Kaedah ini boleh melibatkan penjualan bahagian-bahagian syarikat, pengurangan kakitangan yang tidak produktif, penggunaan teknologi baru, peningkatan infrastruktur dan kemudahan. |
modern state | negara moden | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pemerintah yang sudah mencapai tahap kemajuan yang tinggi, mengamalkan pembahagian kerja dan sistem hierarki yang tersusun serta birokrasi yang cekap. Pemerintah atau negara ini sudah beranjak dari tahap tradisional kepada tahap yang moden berteraskan sains dan teknologi. Bidang kuasanya dibahagikan kepada tiga badan utama, iaitu legislatif, eksekutif dan kehakiman. Pentadbiran dalam pemerintahan menekankan kecekapan, motivasi dan mempunyai matlamat atau sasaran yang sudah ditetapkan. Perincian tugas pelbagai bahagian dalam birokrasi ini dibuat secara sistematik bagi mengelak pertindanan tugas. Nilai urus tadbir yang baik, akauntabiliti dan transparensi ditekankan dalam pemerintahan moden bagi mengelakkan nilai negatif seperti korupsi, penyalahgunaan dan pengumpulan kuasa. |