Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kos] | کوس

Definisi : harga yg perlu dibayar utk memperoleh, mengeluarkan, menyenggara, dsb sesuatu, biasanya berupa wang, masa dan tenaga, per­belanjaan; ~ faktor (Eko) kos yg digunakan utk membuat sesuatu komoditi, iaitu upah dan faedah sam­pingan yg dibayar kpd buruh, sewa hartanah, untung yg dibayar kpd usahawan dan kos bahan; ~ malar (Eko) kos tetap (tidak ber­ubah-ubah besarnya atau jumlahnya); ~ melepas (Eko) nilai faedah atau keuntungan yg sepatutnya boleh diperoleh drpd peng­gunaan alternatif sumber yg sama; ~ purata kos hitung panjang; ~ sara hidup (Eko) nilai wang yg diperlukan utk membeli barang keperluan asas spt makanan, pakaian, tempat tinggal dsb utk menikmati taraf hidup tertentu; ~ satuan kos bagi tiap-tiap satu unit (barang dll); ~ tak tetap (Eko) kos yg berubah-ubah menurut banyaknya pengeluaran; ~ tetap (Eko) kos yg mesti ditanggung dgn tidak berdasarkan banyaknya pengeluaran; berkos melibatkan atau memerlukan kos: pembiayaan jangka pendek dan ~ rendah; pengekosan anggaran semua kos yg terlibat dlm sesuatu urusan, mis perniagaan, projek: Jabatan Penerbitan akan mengkaji semula ~ pisah warna dan atur huruf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kos] | کوس

Definisi : singkatan bagi kosinus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kos] | کوس

Definisi : wang yg dikeluarkan atau yg dibelanjakan utk menghasilkan sesuatu barang, perkhidmatan dll. ~ sara hidup nilai wang yg diperlukan utk membeli barang keperluan asas spt makanan, pakaian, tempat tinggal utk menikmati taraf hidup tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kos (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan harga, belanja, biaya, nilai, ongkos, anggaran.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
appropriation costkos peruntukan; kos pengambilanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
cost benefit analysisanalisis kos-faedahEkonomiTiadaKaedah yang digunakan untuk menilai keberuntungan sesuatu projek. Analisis ini melibatkan penilaian terhadap faedah sesuatu projek berbanding dengan kos pelaksanaannya. Analisis kos faedah melibatkan lima langkah, iaitu: i) Mengenal pasti semua kesan projek seperti perubahan tingkat output harga, pendapatan, dan persekitaran; ii) Membuat anggaran kuantitatif terhadap kesan tersebut; iii) Memberi nilai wang kepada kesan tersebut; iv) Menjumlahkan kesan-kesan tersebut mengikut masa melalui suatu pendekatan yang mendiskaunkan faedah dan kos masa depan; dan v) Menentukan kepekaan hasil kajian terhadap perubahan nilai pemboleh ubah dan parameter.
transaction costkos pindah milik;kos urus niagaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
alternativealternatifEkonomiTiadaPilihan terhadap berbagai-bagai kegunaan sumber yang terhad. Alternatif melibatkan kos melepas atau kos alternatif. Ini berlaku kerana sumber atau faktor pengeluaran terhad. Lihat juga kos melepas, peruntukan sumber.
portion costkos catuanPelanconganTiadaKos yang telah dibahagi-bahagikan daripada kos keseluruhan sesuatu pakej pelancongan.
pure burning costkos hangus tuleninsuransTiadaKos tuntutan di bawah insurans kumpulan atau reinsurans yang digunakan untuk mendapatkan nisbah tertentu. Di U.K. untuk insurans kebakaran, nisbah tersebut mungkin kos tuntutan dibahagi dengan premium atau jumlah diinsuranskan. Dalam reinsurans pula nisbah tersebut adalah kerugian reinsurans tertanggung dibahagi dengan premium syarikat mengesid. Penggunaan istilah ini tidak terbatas pada insurans kebakaran sahaja.
amortized costkos terlunasinsuransTiadaKos yang diambil kira secara ansuran dalam tempoh yang tertentu.
cost analysisanalisis kosPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaAnalisis untuk menentukan kos dan pulangan bagi sesuatu projek dalam jangka waktu tertentu.
marginal analysisanalisis sutEkonomiTiadaKaedah menganalisis kesan perubahan kecil pemboleh ubah ekonomi. Misalnya, analisis sut dalam teori firma membincangkan kesan tambahan satu unit output terhadap tambahan dalam jumlah kos dan jumlah hasil. Mengikut analisis sut, keseimbangan firma dicapai apabila tambahan dalam jumlah kos sama dengan tambahan dalam jumlah hasil yang diakibatkan oleh pertambahan satu unit output. Tambahan dalam jumlah kos disebut kos sut, dan tambahan dalam jumlah hasil disebut hasil sut. Analisis sut juga digunakan teori firma, teori agihan sumber, teori penentuan keseimbangan pasaran dan teori keseimbangan umum ekonomi. Sinonim analisis marginal.
replacement cost insuranceinsurans kos penggantianinsuransTiadaInsurans yang memperuntukkan bahawa insured akan dibayar kos gantian harta yang rosak tanpa menolak susut nilai.
12345678910...

Kembali ke atas