cosmetic ingredient | ramuan kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Bahan yang terkandung dalam sediaan kosmetik. Ramuan kosmetik hendaklah mematuhi Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia. |
cosmetic claim | tuntutan kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pernyataan yang mengandungi perakuan tentang kegunaan produk kosmetik. Menurut Garis Panduan Pengawalan Produk Kosmetik di Malaysia, tuntutan manfaat kegunaan produk kosmetik hendaklah mempunyai justifikasi dengan bukti yang kukuh dan/atau berdasarkan kandungan formulasi atau sediaan kosmetik tersebut. Produk kosmetik tidak boleh dituntut sebagai ubat. Syarikat atau individu yang bertanggungjawab mendaftarkan produk kosmetik di pasaran harus mendapatkan nasihat undang-undang atau pakar untuk memastikan tuntutan yang dicadangkan tidak melanggar akta atau peraturan yang sedia ada. |
cosmetic notification holder | pemegang pemberitahuan kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Syarikat yang bertanggungjawab memasarkan produk kosmetik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan skop perniagaannya adalah berkaitan dengan produk kesihatan atau kosmetik. Pemegang pemberitahuan kosmetik tidak semestinya pemilik produk. Sinonim pemegang notifikasi kosmetik. |
cosmetic product notification | pemberitahuan produk kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Proses untuk mendapatkan nombor notifikasi sebelum produk kosmetik boleh dipasarkan. Menurut Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik, syarikat atau individu yang bertanggungjawab untuk meletakkan produk kosmetik di pasaran tempatan harus memaklumkan kepada pihak berkuasa sebelum produk tersebut dikilangkan atau diimport. Pemberitahuan produk kosmetik perlu mematuhi Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia. Sinonim notifikasi produk kosmetik. |
Cosmetic Advertising Code | Kod Pengiklanan Kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Panduan kepada pihak industri kosmetik dalam membangunkan mesej pengiklanan dengan cara beretika. Kod pengiklanan kosmetik bertujuan untuk memastikan pemasaran dan pengiklanan kosmetik berasaskan herba adalah dengan cara yang menggalakkan penggunaan kosmetik yang berkualiti, bertanggungjawab secara sosial dan tidak mengelirukan atau menipu pengguna. Menurut kod tersebut, iklan mestilah mengandungi maklumat yang boleh dipercayai, tepat, jujur, informatif, seimbang dan terkini. Iklan tersebut mestilah berupaya untuk memberi pengesahan terhadap tuntutannya dan beradab. Iklan tidak boleh mengandungi kenyataan yang mengelirukan atau tidak dapat disahkan tuntutannya atau maklumat yang disembunyikan bagi mendorong penggunaan tidak munasabah atau menimbulkan risiko yang tidak wajar. Pengiklan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap iklan yang diterbitkan. |
import authorisation | pemberian kuasa import | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Proses membenarkan syarikat untuk mengimport produk kosmetik. Menurut Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia, pemegang pemberitahuan kosmetik boleh mengimport produk kosmetik setelah pemberian kuasa import diberikan dalam nota pemberitahuan. Walau bagaimanapun, pemberian kuasa import juga boleh diberikan kepada syarikat dengan kebenaran Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Farmasi untuk tujuan pensampelan pasaran, penilaian dalaman, pengeksportan semula, dalam transit, dijual atau dibekal dalam zon perdagangan bebas, pengangkutan antarabangsa seperti kapal laut dan kapal terbang yang masuk atau keluar dari Malaysia. |
cosmetic notification validity period | tempoh kesahan pemberitahuan kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Jangka waktu yang ditetapkan untuk kesahan pemberitahuan produk kosmetik. Menurut Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia, tempoh kesahan pemberitahuan kosmetik adalah selama 2 tahun. Pembaharuan hendaklah dibuat tidak lewat daripada satu bulan sebelum tamat tempoh berserta dengan yuran pemprosesan. Sinonim tempoh kesahan notifikasi kosmetik. |
notified cosmetic | kosmetik diberitahu | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk kosmetik yang mempunyai nombor pemberitahuan dan masih dalam tempoh kesahan pemberitahuan. Sinonim kosmetik bernotifikasi. |
cosmetic product recall | panggil balik produk kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Proses menarik balik produk kosmetik yang mempunyai kecacatan kualiti produk yang kritikal atau kesan mudarat yang dilaporkan. Prosedur tarik balik perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Contohnya, penarikan produk kosmetik yang telah dicemari racun berjadual. |
cosmetic advertisement | iklan kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kaedah atau bahan komunikasi yang disampaikan melalui media massa, media sosial dan media cetak. Iklan kosmetik memberitahu dan memujuk pengguna agar membeli atau menggunakan barangan dan perkhidmatan berkaitan kosmetik berasaskan herba. |