Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kos.mik] | کوسميک

Definisi : 1. yg berkaitan dgn alam semesta; 2. terdapat di atau berasal dr angkasa lepas; cahaya (sinar) ~ cahaya yg sampai ke dunia dr angkasa lepas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kosmik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cosmic disaster storycerita malapetaka kosmikKesusasteraanTiadaCerita atau fiksyen sains yang memperihalkan malapetaka yang memusnahkan dunia atau alam semesta. Malapetaka dicetuskan oleh bencana alam atau kebodohan manusia atau kedua-duanya. Contohnya, cerita tentang peperangan nuklear. Istilah cerita malapetaka kosmik ini dicipta oleh Kingsley William Amis. Dalam cerpen �Tik, Tik, Tik,� oleh Anwar Ridhwan, bom atom yang mungki8n meletup dijadikan sebagai alat satira untuk mengkritik kejahilan manusia.
cosmic dustdebu kosmikMeteorologiMeteorologi PerhubunganDebu atmosfera yang berasal daripada sumber di angkasa lepas seperti komet, dan meteor.
east-west effectkesan timur-baratFizikAtom dan NuklearFenomena astronomi yang menunjukkan lebih banyak zarah sinaran kosmik menghampiri bumi dari arah barat dibandingkan dari arah timur. Sifat tak simetri ini adalah disebabkan oleh kesan medan geomagnet.
background radiationsinaran latarFarmasiTiadaKeradioaktifan yang dapat dikesan tan pa kehadiran sumber yang dikaji. Sinaran ini terdiri daripada sinaran kosmik dan sinaran daripada sumber yang lemah di bumi.
neutron albedoalbedo neutronFizikAtom dan NuklearNeutron yang dipancarkan keluar daripada permukaan planet. Neutron ini terhasil melalui tindak balas nuklear daripada sinaran kosmik yang menimpa lapisan nipis atmosfera planet, seperti yang berlaku di planet Marikh.
soft radiationsinaran lembutFizikAtom dan NuklearSinaran yang zarah atau fotonnya mempunyai tenaga rendah dan tidak boleh menembusi apa jua bahan dengan mudah. Contohnya, sinaran kosmik, sinaran sekunder seperti elektron, positron, meson dan sinar gama bertenaga rendah. Banding sinaran keras.
ozone layerlapisan ozonBiologiEkologiLapisan yang terbentuk daripada molekul oksigen, dan terdapat di lapisan atas atmosfera dalam jumlah yang kecil. Lapisan ozon menghalang penembusan cahaya kosmik matahari ke bumi, dan jika lapisan ini diganggu, suhu di bumi akan meningkat.
V particlezarah VFizikAtom dan NuklearNama yang pertama kali diberikan kepada zarah tak stabil kerana reputan zarah tersebut menghasilkan lintasan cirian bentuk V dalam kebuk awan yang didedahkan kepada sinar kosmik. Contoh zarah V ialah meson K neutral atau hiperon lambda.
C -14 datingpentarikhan C -14ArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah untuk mengetahui umur sesuatu artifak, budaya dan tempat dengan menggunakan bahan yang mengandungi karbon. Kaedah ini diperkenalkan oleh Libby. Contoh bahan yang mengandungi karbon seperti arang kayu, cangkerang, tulang dan rambut. Bahan-bahan ini dihantar ke makmal untuk menentukan umurnya, Penentuan umur ini diukur berdasarkan neutron yang dihasilkan melalui radiasi kosmik yang bertindak terhadap isotop nitrogen N14. Pengiraan umur juga mengambil kira jumlah isotop karbon C14 dengan kadar separuh hayat sekitar 5730 tahun dan untuk mengurangkan kesilapan, kaedah pentarikhan ini menggunakan tanda �. Sinonim pentarikhan radiocarbon.

Kembali ke atas