positive crankcase ventilation | pengalihudaraan kotak engkol positif | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem pengalih udara kotak engkol yang menggunakan ruang vakum pancarongga pengambilan untuk menyedut gas dari kotak engkol ke pancarongga pengambilan untuk dibakar. Gas dari kotak engkol terdiri daripada gas tiup pintas dan wap minyak pelincir. Sistem ini juga menghalang udara dari kotak engkol bebas ke atmosfera bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar. |
hitbox | kotak kenaan | Komputer | Tiada | Sejenis kotak dalam bentuk yang tidak terlihat dan digunakan dalam permainan video untuk mengesan perlanggaran masa nyata. Kotak ini biasanya berbentuk segi empat tepat dalam permainan 2D atau kuboid dalam permainan 3D. |
crankcase ventilation | pengalihudaraan kotak engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peredaran udara melalui kotak engkol semasa enjin sedang beroperasi untuk menyingkirkan air, gas hembus pintas dan pelbagai wap. Proses ini untuk mengelakkan pencairan dan pencemaran minyak pelincir, pembentukan enap cemar dan pertambahan tekanan dalam kotak engkol. Sistem ini mengambil alih peranan pengudara kotak engkol dengan menambah baik peranannya secara mengasingkan kotoran dan enap cemar melalui penapisan. |
crankcase breather | pengudara kotak engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Tiub atau saluran yang membolehkan tekanan kotak engkol yang berlebihan dilepaskan. Sistem ini kemudiannya ditambah baik dengan membentuk sistem pengalihudaraan kotak engkol. |
positive crankcase ventilation (PCV) | pengalih udara kotak engkol positif | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem pengalih udara kotak engkol yang menggunakan ruang vakum pancarongga pengambilan untuk mengedarkan semula gas dari kotak engkol ke pancarongga pengambilan, untuk dibakar semula dalam kebuk. |
crankcase dilution | pencairan dalam kotak engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pencairan minyak pelincir oleh bahan api petrol dalam kotak engkol. Keadaan ini disebabkan oleh pemeluwapan gas hembus pintas dalam enjin sejuk yang menyelinap masuk melalui dinding silinder ke dalam kotak engkol. Pencairan menyebabkan minyak pelincir perlu ditukar dari semasa ke semasa seperti yang dijadualkan oleh pengeluar kenderaan. |
glove box | kotak simpanan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kotak kecil di bahagian tepi pintu hadapan. |
transfer case | kotak pindah | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kotak penghantaran tambahan yang digunakan untuk mengagih kuasa enjin dan memindahkannya ke kedua-dua pembeza depan dan belakang. |
subscription box | kotak langganan | Pentadbiran | Tiada | Produk yang dibungkus dengan kotak, yang dihantar kepada pelanggan mengikut jadual secara tetap dan berulang. |
manual gear box | kotak gear manual | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem kotak gear yang memerlukan pemandu mengubah kedudukan gear secara manual. |