dirty float | apungan kotor | Ekonomi | Tiada | Pentadbiran kadar pertukaran yang pada dasarnya membenarkan kadar pertukaran mata wang sesebuah negara terapung atau fleksibel, tetapi pada masa-masa tertentu kerajaan campur tangan untuk mengubah kadar pertukaran untuk mencapai matlamat tertentu. Sebuah negara dikatakan mengamalkan apungan kotor apabila kerajaan negara ini dari semasa ke semasa campur tangan dalam pasaran pertukaran bukan sekadar untuk mengatasi masalah turun naik kadar pertukaran dalam jangka pendek, tetapi untuk tujuan lain, misalnya untuk memastikan mata wang negara tersebut terkurang nilai bagi menggalakkan eksport. Lihat juga apungan terurus. |
smear campaign | kempen kotor | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kempen yang dilakukan untuk memburukkan pihak tertentu dalam satu persaingan politik untuk menjatuhkan pihak lawan. Kempen ini boleh dibuat dalam bentuk cerita negatif mengenai seseorang itu secara lisan, disebar melalui e-mel, surat layang, ceramah atau percakapan dengan orang ramai. Kempen ini juga melibatkan cerita peribadi, keluarga, ketidakupayaan calon, atau khabar angin yang sukar untuk dibuktikan. Contohnya, cerita negatif mengenai kekayaan keluarga Soeharto sering disebarkan untuk menjatuhkan mereka. |
polyethylene | polietilena | Kesenian | Hiasan Dalaman | Plastik tahan kesan kotor dan kalis bahan kimia. Polietilena biasanya digunakan untuk membuat mainan, bekas pembuat ais kiub dan pinggan mangkuk. Polietilena juga mudah lentur dan tahan panas sehingga 37.8 darjah Celsius. |
sludge | enap cemar | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Enapan lekit yang terdiri daripada minyak pelincir kotor, air dan habuk. Enapan ini terbentuk daripada hakisan enjin. |
adulteration | campur palsu | Herba | Tiada | Penambahan sebarang bahan herba yang berkualiti rendah atau tidak tulen, bahan lengai, kotor atau toksik ke dalam bahan mentah atau sediaan herba secara sengaja atau tidak sengaja. Campur palsu juga merangkumi pengeluaran komponen bernilai daripada bahan herba. Contohnya, cengkih yang telah dikeluarkan minyak meruapnya sebagai bahan mentah atau sediaan herba. Tujuan campur palsu ini adalah untuk mendapatkan keuntungan, melakukan penipuan atau menutup kekurangan. Sinonim adulterasi, pemalsuan, penodaan, pelancungan, aduk, pemalsuan mutu, pengodian dan pencemaran mutu. |
linear porosity | keliangan lelurus | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kehadiran rongga bulatan yang tersusun pada satu garis lurus disebabkan oleh gas yang terperangkap semasa proses pemejalan kimpalan. Kewujudan gas ini disebabkan oleh kehadiran bahan kotor yang asas seperti kelembapan pada permukaan kimpalan, perlindungan yang tidak betul semasa proses kimpalan, atau teknik kimpalan yang tidak sempurna. |