Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kréa.tif] | کرياتيف

Definisi : (kréatif) mempunyai kebolehan men­cipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta; kekreatifan kemampuan (kebolehan) men­cipta, kreativiti, daya kreatif: komputer boleh mengembangkan ~ pelukis hingga ke satu peringkat yg hampir tiada hadnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kréa.tif] | کرياتيف

Definisi : /kréatif/ 1 mempunyai daya atau kemampuan utk mencipta (karya dsb): penulis yg ~. 2 bersifat ciptaan: karya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kreatif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
license creative commons (CC)lesen kreatif terbuka (CC)Teknologi Maklumate-PembelajaranSijil hak cipta awam yang membolehkan pihak lain menyebar, menambah, mengubah suai, menambah baik dan berkongsi hasil kerja kreatif yang dilindungi undang-undang hak cipta. Terdapat beberapa jenis lesen seperti lesen penggunaan tanpa syarat (CC0) dan lesen penggunaan dengan pemberian kredit (CC-BY). Sijil ini bertujuan untuk menggalakkan penyebaran dan penggunaan hasil kerja kreatif berlesen. Lihat juga hak terbuka, hak cipta.
creative writingpenulisan kreatif-TiadaSebarang penulisan selain bentuk penulisan profesional, pelaporan, akademik dan teknikal.
inventionrekaanKesusasteraanTiadaRekaan: Daya kreatif yang asli dari segi pemikiran, stail/gaya, diksi, imajan atau plot.
prologueprolog-TiadaBahagian pembukaan sesebuah karya kreatif.
epilogueepilog-TiadaBahagian penutup sesebuah karya kreatif.
author as characterpengarang sebagai watakKesusasteraanTiadaPengarang karya kreatif yang memasukkan dirinya sendiri sebagai salah seorang watak dalam cereka yang dihasilkannya. Konsep ini diajukan oleh Jonathan Wilson dalam sebuah makalah yang diterbitkan dalam The Literary Review. Kehadiran pengarang sebagai watak dalam cerekanya sendiri bukan perkara baharu. Keadaan ini dapat dilihat pada bentuk cereka yang dinamakan autobiographical fiction. Berbeza dengan cereka autobiografi, kemasukan pengarang sebagai watak dalam cereka bukan bertujuan menggambarkan watak tersebut secara persis seperti pengarang yang hidup, atau memperlihatkan realiti sebenar yang dialami oleh pengarang tersebut atau dunia sebenar yang dihuninya. Pada satu pihak, penggunaan pengarang sebagai watak dalam sesebuah cereka memberi kesan bahawa cereka yang disajikan itu adalah benar, iaitu sama benarnya dengan pengarang yang hidup dalam dunia nyata. Di pihak yang lain, pengarang sebagai watak dapat memberikan kesan bahawa pengarang itu sendiri tidak nyata kerana sama seperti watak lain dalam cerita, wataknya adalah rekaan semata-mata. Lihat juga fiksyen autobiografi.
artistic choicespilihan artistikKesusasteraanTiadaPilihan pengkarya bersifat seni kreatif dalam menyampaikan makna.
synthesissintesisKesusasteraanTiadaPenggabungan pelbagai unsur untuk menjadikannya satu kesatuan yang kompleks. Dalam penulisan kreatif, sintesis merujuk kepada penggabungan pelbagai unsur seperti bahasa, pengalaman, imaginasi, dan nilai untuk menjadikannya satu kesatuan. Dalam kritikan sastera, sintesis bermaksud kajian yang dibuat ke atas kepelbagaian unsur dalam karya, dan hubung kait antaranya. Sintesis berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �meletakkan bersama�.
copylefthak terbukaTeknologi Maklumate-PembelajaranSuatu bentuk kebenaran untuk mengguna, mengubah suai, memperluas dan mengedar semula sesuatu hasil kerja kreatif dan hasil kerja lanjutan secara bebas dan terbuka kepada umum dengan mengekalkan hak kebenaran kepada terbitan selanjutnya. Hak terbuka ini membantu meluaskan penggunaan dan penambahbaikan hasil kerja untuk faedah bersama. Contoh hak terbuka ialah Apache OpenOffice, FileZilla dan Moodle. Banding hak cipta.
visual merchandiserpedagang visualPentadbiran PerniagaanTiadaIndividu yang bekerja dengan merancang, mereka cipta dan melaksanakan strategi bagi mempromosikan perdagangan visual secara kreatif. Individu ini juga bertanggungjawab dalam membuat paparan visual sesuatu produk atau perkhidmatan yang menarik termasuklah menghasilkan paparan tingkap, papan tanda, paparan dalaman, paparan lantai dan paparan promosi khas yang dapat menarik perhatian pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan tersebut.
123

Kembali ke atas