Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kri.mi.no.lo.gi] | کريمينولوݢي

Definisi : kajian tentang jenayah, penje­nayah, perlakuan jenayah, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kriminologi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
criminologykriminologiKriminologiKeadilan JenayahBidang yang mengkaji secara saintifik yang melibatkan pelbagai disiplin ilmu, iaitu kajian tentang jenayah dan tingkah laku melencong. Bidang ini meliputi kajian tingkah laku penjenayah, penyebab jenayah, akibat jenayah, termasuklah juga pencegahan jenayah serta sistem pengadilan jenayah.
victimology criminologykaji mangsa kriminologiKriminologiTiadaTiada
postmodern criminologykriminologi pascamodenKriminologiKeadilan JenayahPendekatan dalam kriminologi yang bersifat pluralisme yang memperakui kepelbagaian huraian tentang punca jenayah. Pendekatan ini menyatakan bahawa tidak wujud hanya satu huraian yang dominan. Pendekatan ini terbuka kepada faktor-faktor luaran yang secara tradisional tidak dianggap menjadi teori jenayah seperti faktor ekonomi, politik dan lain-lain.
positivist criminologykriminologi positivisKriminologiKeadilan JenayahSalah satu cabang dalam bidang kriminologi yang menekankan pembentukan teori perlakuan jenayah yang berasaskan bukti saintifik dan empirikal.
neutralisation theoryteori neutralisasiKriminologiKeadilan JenayahTeori kriminologi yang dikemukakan oleh David Cressey, Gresham Sykes dan David Matza yang menerangkan tentang delinkuen yang lazimnya menerima tingkah laku moral yang umum serta mematuhi undang-undang, tetapi pada situasi tertentu mereka boleh bersikap antisosial atau perlakuan melencong dengan menangkis rasa bersalah dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu seperti menyalahkan mangsa atau keadaan. Kaedah-kaedah tersebut membolehkan pelaku menganggap tingkah laku tersebut diterima secara moral buat dirinya sahaja. Pelaku biasanya berolak-alik antara norma kesusilaan yang lazim dengan sikap yang menjurus kepada jenayah.
general strain theoryteori ketegangan amKriminologiKeadilan JenayahTeori kriminologi yang diperkenalkan oleh Robert Agnew yang menyatakan bahawa ketegangan emosi boleh meningkatkan kemungkinan seseorang untuk melakukan jenayah. Ketegangan emosi boleh berlaku apabila seseorang tidak dapat mencapai matlamat yang diingini dengan mengikut cara yang biasa sehingga memilih jenayah sebagai alternatif untuk mencapai matlamatnya.
criminal profilingpemprofilan jenayahKriminologiKeadilan JenayahKaedah yang digunakan dalam bidang kriminologi dan penyiasatan oleh sekumpulan pakar untuk meramal ciri-ciri pelaku atau penjenayah. Antara kaedah yang digunakan adalah dengan membandingkan beberapa jenayah bersiri yang telah berlaku.
victim profilingpemprofilan mangsaKriminologiKeadilan JenayahSuatu kaedah atau teknik yang diguna pakai dalam bidang kriminologi untuk mengenal pasti ciri-ciri seseorang mangsa serta perbandingan ciri-ciri mangsa dengan mangsa kes jenayah lain melalui penyiasatan dan analisis bukti yang didapati dari tempat kejadian jenayah tersebut. Tujuan penyediaan pemprofilan mangsa adalah untuk meramal ciri-ciri pelaku dan mengaitkan antara satu kes dengan kes yang lain bagi mengecilkan skop pencarian dan menangkap suspek.
scamtipuanKriminologiTiadaSkim atau rancangan yang bertujuan untuk mengaut keuntungan dengan cara memperdayakan mangsa.
scammerpenipuKriminologiTiadaOrang yang memperdayakan mangsa untuk mengaut keuntungan.
12345678910...

Kembali ke atas